• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan RM3,000, Kaunseling Untuk Keluarga Mangsa Nahas Helikopter

oleh AK-47
25/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bantuan RM3,000, Kaunseling Untuk Keluarga Mangsa Nahas Helikopter
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bantuan sejumlah RM3,000 disalurkan kepada waris mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sumbangan itu disalurkan menerusi Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa (PEKA YKN) dalam masa terdekat.

“Saya akan ke Sarawak untuk serahkan kepada keluarga Laskar Kanan Joanna Felicia anak Rohna manakala Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan menyerahkan kepada sembilan lagi keluarga di Perak dan Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tahlil mangsa tragedi helikopter di sini pada Khamis.

Ujarnya, kementerian menerusi Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyantuni keluarga mangsa dengan pendekatan bimbingan kaunseling.

“Kementerian sentiasa komited membantu mereka yang memerlukan termasuk waris keluarga mangsa yang kini mungkin hilang tempat untuk bergantung bagi meneruskan kehidupan,” jelasnya.

Terdahulu, Nancy menyertai 100 pegawai dan kakitangan kementerian pada majlis tahlil yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam KPWKM, Muhammad Zaid Jumali.

Turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

-Sinar Harian

Tags: bantuankaunselingNahas Helikopter TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

04/04/2025
1

Kuala Lumpur: Semua bantuan dan usaha koordinasi yang berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor perlu diselaraskan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd