• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Polis

oleh Mohd Arshad
30/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
4 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Labuan : Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, mangsa berusia antara 31 dan 33 tahun itu didakwa dipaksa bekerja di kelab malam di pulau bebas cukai itu.

Beliau berkata, tiga wanita diselamatkan di pulau ini pada 26 April, manakala seorang lagi melarikan diri ke Penampang sebelum diselamatkan pada 27 April oleh Jabatan Siasatan Jenayah Cawangan D7 Sabah.

“Operasi menyelamat wanita itu dijalankan di bawah Op Pintas. Kami turut menahan dua lelaki termasuk seorang warga Filipina masing-masing berusia 22 dan 36 tahun pada 26 April lepas di sebuah pusat hiburan dan hotel di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, kedua-dua mereka masing-masing direman dari 28 April hingga 2 dan 4 Mei, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

“Tindakan menyelamat wanita berkenaan memperlihatkan komitmen kami untuk memerangi pemerdagangan orang dan melindungi hak individu, tanpa mengira kewarganegaraan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Pemerdagangan Orangpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd