• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Israel Ditahan Dengan 6 Senjata Api, Polis Pertingkat Keselamatan Agong, PM

oleh Mohd Arshad
30/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Warga Israel Ditahan Dengan 6 Senjata Api, Polis Pertingkat Keselamatan Agong, PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, Rabu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki berusia 36 tahun itu dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata enam senjata api yang ditemui dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Menurutnya, tangkapan dan soal siasat ke atas suspek dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur dibantu pihak JSJ Bukit Aman.

“Siasatan mendapati kesemua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.

“Kita sedang menyiasat bagaimana senjata itu dibawa masuk ke negara ini dan siapa yang menyeludupnya, kita pun nak tahu siapa penerima pembayaran itu,” katanya dalam sidang media di Masjid Al-Amin Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.

Hasil soal siasat, katanya suspek mendakwa dia datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaannya itu.

Razarudin berkata pihak polis masih menjalankan siasatan dan berkemungkinan suspek mempunyai agenda lain datang ke negara ini.

Tambah beliau, suspek kini direman bermula semalam hingga 31 Mac ini dan tidak menolak kemungkinan reman ke atas suspek akan disambung sekiranya ada keperluan untuk menyelesaikan siasatan.

“Kesalahan yang dilakukan adalah pertama, mengikut Akta Pasport (1966) dan Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 iaitu menyeludup (berdagang) senjata api yang boleh membawa hukuman gantung.

“Apa yang membimbangkan kita di sini, pertama apabila tangkapan ini berlaku, apa yang kita nampak adalah isu berkaitan Palestin dan Israel.

“Maka kita kini sangat berwaspada tentang keselamatan Perdana Menteri sendiri, Yang di-Pertuan Agong dan juga beberapa VVIP yang kita perlu ambil kira keselamatan mereka, keselamatan di sini,” katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, siasatan polis percaya suspek tidak bergerak solo dan mungkin mempunyai rangkaian dengan individu tertentu yang masih dikenal pasti.

“Dia telah masuk ke negara ini dengan penerbangan melalui Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia yang mana penerbangan di UAE mempunyai kawalan ketat, kita tidak percaya dia boleh bawa masuk semua pistol itu dari sana.

“Suspek juga dipercayai berpindah randah dan telah duduk di dua atau tiga hotel berlainan sebelum diberkas.

“Pada mulanya kita mendapat maklumat awam pergerakannya yang meragukan sebelum kita mengekori dan menahan suspek,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah lelaki berkenaan merupakan ejen Israel, Razarudin berkata, siasatan masih berjalan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya.

BHonline-

Tags: PDRMsenjata apiWarga Israel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Tambahan Hari Tol Percuma Sempena Aidilfitri – Ahmad Maslan

Next Post

Lagi Pasar Raya KK Mart Kena Serang ‘Molotov Cocktail’

Related Posts

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Next Post
Lagi Pasar Raya KK Mart Kena Serang ‘Molotov Cocktail’

Lagi Pasar Raya KK Mart Kena Serang 'Molotov Cocktail'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd