• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Dominasi Bekalan Sayur: Perlu Tindakan Menyeluruh

oleh Mohd Arshad
19/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isu penguasaan warga asing dalam rantaian perbekalan sayur di negara ini perlu ditangani secara menyeluruh, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, isu itu memerlukan penglibatan semua pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini bukan pendekatan tuding jari. Saya setuju bahawa sampai masanya untuk suatu tindakan menyeluruh membabitkan semua agensi kawal selia untuk melihat perkara ini bukan secara piecemeal (tidak sistematik).

“Sebab itu, semangat yang betul adalah tengok perkara ini secara menyeluruh tentang penguasaan warga asing dalam sektor ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di sini pada Selasa.

Media baru-baru ini melaporkan situasi berkenaan dan meraih perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilaporkan berkata isu itu perlu ditangani Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kerana undang-undang berkaitan adalah di bawah bidang kuasa kementerian terbabit.

Sebagai maklum balas kepada pandangan Fadillah, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Fadillah dalam masa terdekat bagi membincangkan isu terbabit.

Beliau berkata, sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap isu berkenaan, KDN melihat perkara itu secara serius dan turut mengingatkan warga tempatan agar tidak memberi perlindungan kepada pendatang asing tanpa izin.

“Perbuatan ini (melindungi pendatang asing tanpa izin) adalah salah di sisi undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution meminta orang ramai menyerahkan kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart.

“Sudah ada sejumlah laporan polis, biar hal ini diuruskan oleh polis,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil pihak KK Super Mart untuk dirakam keterangan minggu ini.

Isu berkenaan tular selepas penjualan stoking itu di KK Super Mart Bandar Sunway dimuat naik oleh pengguna media sosial pada 13 Mac lepas.

Mengenai dakwaan oleh seorang pengacara dan penyampai berita stesen televisyen tempatan bahawa anggota polis bersikap kasar, sombong dan tidak profesional ketika menjalankan tugas, Saifuddin Nasution berkata, insiden itu akan diselesaikan secara adil dengan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.

“Saya punya prinsip mudah iaitu dengar kedua-dua versi supaya kita dapat berlaku adil. Hal ini sekarang sedang diuruskan, kita tunggu keputusan,” katanya.

Baru-baru ini tular artikel ditulis pengacara terbabit yang mendakwa dilayan dengan teruk oleh dua anggota polis semasa melakukan pemeriksaan terhadapnya di kawasan perumahan USJ 9 di Subang Jaya, kira-kira jam 1.30 pagi, 13 Mac lepas.

Susulan itu, pihak polis akan memanggil lelaki berusia 30-an itu minggu depan untuk diambil keterangan.

Bernama-

Tags: Bekalan Sayurdominasiwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus

Next Post

Rakyat Indonesia Bantah Keputusan Pilihan Raya, Dakwa Ada Penipuan

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post
Warga Asing Dominasi Bekalan Sayur: Perlu Tindakan Menyeluruh

Rakyat Indonesia Bantah Keputusan Pilihan Raya, Dakwa Ada Penipuan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd