Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Komited Pastikan Rakyat Nikmati...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri komited memastikan masyarakat khususnya yang kurang berkemampuan menerima...

Palsu Cop Sempadan: 13...

JOHOR BAHRU - Seramai 13 individu termasuk sembilan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

KAFA Dan ATM Masih...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia...

Ini Jawapan PAS Kenapa...

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan...

Warga Asing Ditahan, Cabul Rakan Sekerja Di Bilik Stor Sejuk Beku

AMPANG – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencabul kehormatan rakan sekerjanya yang merupakan wanita warga tempatan di Taman Permata, dekat sini pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu jualan berumur 32 tahun itu membuat laporan polis pada Khamis jam 4.45 petang berhubung kejadian.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suspek telah bertindak memeluk mangsa dari arah belakang sambil mengangkatnya selepas bertanyakan mengenai berat badan mangsa,.

“Suspek juga bertindak mencium pipi dan meraba ke bahagian tubuh badan mangsa.

“Malah suspek juga cuba untuk mencium mulut mangsa.

“Suspek dan mangsa merupakan rakan sekerja.

“Kejadian berlaku di dalam premis pasar raya di bahagian stor simpanan sejuk beku,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Susulan itu, Mohd Azam berkata, pihak polis telah menahan suspek berusia 27 tahun yang juga pembantu jualan di Jalan Taman Permata, dekat sini.

Menurut beliau, hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Ampang dan dibenarkan selama empat hari bermula Sabtu hingga Selasa.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Jelasnya, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

“Pihak polis memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan pencabulan kepada orang lain,” ujarnya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori