• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Terdesak Cari Kerja Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

oleh Mohd Arshad
13/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Wanita Terdesak Cari Kerja Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya : “Tolong selamatkan saya, bawa saya balik.” Demikian pesanan terakhir seorang wanita kepada adik lelakinya selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia ‘KK Garden’ di kawasan Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wanita berusia 35 tahun terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik kecil bersama 10 mangsa dan perlu membayar pampasan RM50,000 serta mencari dua mangsa lain sebagai ganti sekiranya mahu dibebaskan.

Menceritakan kejadian, lelaki mahu dikenali Leong, 29, berkata kakaknya berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook sebelum ditawarkan pekerjaan di Singapura.

Menurutnya, kakak yang menganggur selepas berhenti kerja di Seremban, Negeri Sembilan, pada September tahun lalu terpedaya dengan tawaran kerja yang menjanjikan gaji bulanan 3,000 dolar Singapura (kira-kira RM10,000).

“Pada 1 Mac, kakak menaiki penerbangan ke Singapura sebelum menaiki penerbangan ke Bangkok. Selepas itu, kakak dibawa menaiki kenderaan memasuki Myanmar.

“Kami sekeluarga tidak tahu kakak ke sana (Myanmar) kerana dia beritahu ke Singapura. Saya hanya mengetahuinya selepas menerima panggilan daripada kakak yang meminta tolong pada 5 Mac lalu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang Keadilan Segambut, Deric Teh dan Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo.

Bercerita lanjut, Leong mendakwa turut menerima panggilan daripada seorang lelaki meminta wang tebusan RM50,000 bagi membebaskan kakaknya.

“Dia beri masa tiga jam untuk memasukkan wang itu tapi saya tiada jumlah wang diminta. Beberapa hari kemudian, dia hubungi saya semula minta saya membayar RM20,000 pula jika tidak mahu nyawa kakak terancam,” katanya.

Berikutan itu, dia tampil membuat laporan polis dan meminta bantuan MHO kerana bimbang keselamatan kakaknya.

Sementara itu, Daniel berkata, pihaknya akan meminta bantuan Kementerian Luar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar bagi mengesan serta menyelamatkan mangsa yang dipercayai masih berada di Myawaddy.

Bagaimanapun katanya, usaha itu akan berdepan kesukaran dan mengambil masa kerana kawasan berkenaan bukan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Myanmar.

-Harian Metro

Tags: KK Gardenpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

Next Post

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

Next Post
Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Dr Zaliha

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd