• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tambahan Hari Tol Percuma Sempena Aidilfitri – Ahmad Maslan

oleh AK-47
29/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Tambahan Hari Tol Percuma Sempena Aidilfitri – Ahmad Maslan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan membelanjakan sebanyak RM37.6 juta bagi menampung kos tol percuma sempena sambutan Aidilfitri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menambah bilangan hari tol percuma dan hal itu kekal seperti diumumkan sebelum ini.

“Untuk dua hari tol percuma kerajaan telah membayar RM37.6 juta, kalau kita bundarkan angka itu lebih kurang RM38 juta kepada 33 konsesi lebuh raya di negara ini. Kiranya satu hari lebih kurang RM19 juta dibayar kepada syarikat konsesi.

“Jadi itulah keputusan dibuat oleh jemaah Kabinet. Muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau persediaan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menghadapi musim perayaan di Menara Korporat Persada PLUS di sini pada Ahad.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April ini, kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian).

Dalam pada itu, Ahmad berkata, PLUS menjangkakan sebanyak 2.1 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya kendalian syarikat itu pada 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April ini susulan cuti hari raya, berbanding 1.82 juta pada waktu puncak hari biasa.

Bagi memastikan konsesi lebuh raya itu sentiasa dalam keadaan siap siaga, katanya, lebih 4,500 petugas PLUS akan bertugas sepanjang musim perayaan ini.

“Sebagai persediaan, PLUS telah menugaskan seramai 70 orang kakitangan sehari di Pusat Pemantauan Trafik PLUS (TMC) pada waktu-waktu puncak untuk memantau, mengumpul dan menyalur maklumat trafik terkini serta menyelaras bantuan kepada pengguna lebuh raya.

“Bagi pengguna lebuh raya, rancang perjalanan dengan sebaiknya menggunakan jadual digital di aplikasi MyPLUS-TTA,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: AidilfitriHari Tol Percuma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd