Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Calon Bebas Dakwa Permit...

TANAH RATA – Kira-kira 2,000 petani di Cameron Highlands terpaksa mengalami kerugian yang...

Netizen Kecam Nabil, Hazami...

WALAUPUN baru minggu pertama, namun banyak pula kontroversi yang berlaku dalam konsert pengenalan...

BWF Tidak Tahu Keputusan...

KUALA LUMPUR – Panel bebas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai kuasa penuh untuk...

Dulu Burger Nasi Lemak,...

SIAPA yang tidak suka makan nasi lemak? Rasanya mungkin hanya nasi lemak yang...

Suami Pengasuh Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak Ditahan

AMPANG JAYA: Polis menahan lelaki berusia 55 tahun selepas melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak di rumah pengasuh di Pandan Indah, di sini, Isnin lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel EkramAbu Saare berkata, ibu mangsa berusia 38 tahun membuat laporan polis pada jam 8.30 pagi 29 Februari lalu, selepas mengetahui anak perempuannya berusia lima tahun menjadi mangsa.

“Ibu mangsa menerima mesej daripada pengasuh memberitahu suaminya itu tidak melakukan perkara terbabit dan minta dia untuk merahsiakannya kerana pengasuh mempunyai anak asuhan yang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazruel Ekhram berkata, susulan itu, polis menahan suspek di Jalan Pandan Indah 22 pada jam 10.50 malam Isnin lalu.


“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan dapati suspek negatif dadah. Semakan dapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Suspek direman seminggu bermula Selasa lalu hingga 11 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori