• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Bunuh Anak Terlepas Hukuman Mati, Penjara 30 Tahun

oleh Mohd Arshad
21/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan tuduhan membunuh dengan penjara 30 tahun kerana homisid salah tak terjumlah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun, tujuh tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim diketuai, Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut terhadap Aaron Teoh Eng Wan, 40, dan isterinya En Sit Mooi, 43, bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.

Dua hakim lain dalam panel tersebut ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah.

Hakim Hadhariah, dalam menyampaikan keputusan, berkata mahkamah mengenepikan sabitan membunuh dan hukuman mati pasangan itu dan mensabitkan mereka atas pertuduhan homisid salah tak terjumlah membunuh.

Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin terkhilaf apabila tidak membezakan perbezaan antara Seksyen 299 dan Seksyen 300 Kanun Keseksaan yang mewajarkan intervensi mahkamah rayuan.

Pasangan suami isteri itu disabitkan kesalahan membunuh Adrian Teoh Wai Kit, anak sulung daripada dua beradik itu, di sebuah premis di Regalia Business Centre, Subang Jaya antara jam 2 petang hingga 3,30 petang pada 26 Mei 2017.

Peguam S. Jayananda Rao dan Saladin Mohd Yasin, masing-masing mewakili Eng Wan dan Sit Mooi berhujah bahawa pasangan itu tidak sepatutnya disabitkan atas kesalahan membunuh tetapi atas pertuduhan yang lebih ringan iaitu homisid salah tak terjumlah membunuh.

Pada 21 Mei 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap pasangan itu selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka.

Mahkamah Tinggi turut menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Eng Wan atas satu lagi pertuduhan melakukan penganiayaan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Eng Wan bagaimanapun, menarik balik rayuannya hari ini terhadap keputusan ini kerana dia telah pun menjalani hukuman itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan pendakwa Raya, Zulkifli Abdullah.

Bernama-

Tags: bunuh anakhukuman matiSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

Next Post

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

03/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian...

Next Post
KK Di Batu Pahat Diperiksa

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd