• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Tidak Percaya Jho Low Gunakan Duit 1MDB Kerana Dia Sudah Kaya’ – Saksi

oleh Mohd Arshad
15/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelakon Squid Game Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Laku Serangan Seksual
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, tidak pernah terlintas langsung di fikirannya, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low adalah seorang penipu yang menggunakan dana 1MDB.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Loo ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau mempercayai Jho Low ketika itu kerana lelaki berkenaan seorang ahli perniagaan yang sudah kaya kerana selain memiliki syarikat UBG Berhad, Jho Low juga memiliki beberapa perniagaan lain dan berurusan dengan syarikat milik ahli perniagaan Arab.

Dalam keterangan sebelum ini, Jasmine berkata, beliau pernah bekerja di syarikat UBG dengan gaji bulanan kira-kira RM45,000 termasuk elaun kenderaan, elaun minyak dan elaun perjalanan, bermula 1 Januari 2009 hingga April 2011.

Menjawab pertanyaan lanjut daripada Muhammad Shafee sama ada selepas memahami keseluruhan cerita, beliau kini menyedari bahawa Jho Low sebenarnya seorang penipu, Loo menjawab, “Saya percaya apa yang saya percaya.”

“Saya tidak percaya beliau melakukannya. Memahami keseluruhan cerita, ia nampak sangat sempurna walaupun ia sebenarnya tidak,” katanya.

Disoal peguam kanan itu mengapa beliau mendengar cakap Jho Low, Jasmine berkata beliau diindoktrinasikan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan melalui permerhatiannya, bahawa lelaki terbabit (Jho Low) adalah jurucakap Datuk Seri Najib Razak.

Ditanya lanjut sama ada Jho Low sendiri memberitahunya bahawa dia adalah jurucakap Najib, saksi ke-50 pendakwaan itu berkata, “Ya, apabila dia beritahu akan bercakap dengan Najib mengenai sesuatu, tidak lama kemudian perkara itu akan berlaku.

Katanya, Shahrol Azral tidak menyatakan dalam erti kata sebenar bahawa Jho Low adalah ‘suara’ Najib dan Jho Low sendiri tidak menyatakan beliau adalah ‘imej’ kepada Najib.

Muhammad Shafee kemudian mencadangkan bahawa, kenyataan itu dianggap sebagai khabar angin dan tiada bukti nyata untuk menyokong perkara itu, bagaimanapun saksi tetap dengan pendiriannya dengan menyatakan ia juga adalah berdasarkan pemerhatiannya.

Disoal sama ada beliau nampak atau mendengar apa yang Jho Low katakan kepada Najib, Loo menjawab, “tidak”.

Beliau bagaimanapun berkata, kadang kala mendengar apa yang dibincangkan antara Shahrol Azral dan Jho Low.

Muhammad Shafee kemudian merujuk kepada data laporan dan pematuhan, serta kelulusan yang dibuat Najibbagi projek yang diluluskan pada hari sama ia dipersetujui oleh Lembaga Pengarah 1MDB.

Peguam itu mencadangkan bahawa ia adalah bukan satu kebiasaan, bagaimanapun saksi tidak bersetuju.

Muhammad Shafee seterusnya menyatakan projek dan transaksi 1MDB membabitkan urus niaga rumit di mana seseorang yang tidak mempunyai latar belakang korporat atau undang-undang memerlukan lebih masa untuk memahami perkara berkenaan.

Muhammad Shafee: Ini membabitkan perkara kewangan yang agak rumit. Walaupun Najib seorang yang bijak, beliau tidak mempunyai latar belakang korporat atau undang-undang.

Jasmine: Saya tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.

Shafee: Tetapi perkara ini diluluskan pada hari yang sama, dalam beberapa jam. Anda bersetuju bahawa adalah mustahil (untuk memahami isu dengan wajar?

Jasmine: Pemahaman saya ialah dia diberi taklimat awal dan pada hari itu (Najib) memberikan persetujuannya.

Muhammad Shafee: Siapa beritahu anda?

Jasmine: Shahrol dan Jho Low

Jasmine memberikan keterangan terhadap Najib, 70 yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

BHonline-

Tags: 1MDBJasmine LooJho Low
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelakon Squid Game Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Laku Serangan Seksual

Next Post

Keputusan Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026 Minggu Depan – Anwar

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Keputusan Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026 Minggu Depan – Anwar

Keputusan Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026 Minggu Depan - Anwar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd