• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusdi Dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur Yang Baharu

oleh Mohd Arshad
29/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rusdi Dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur Yang Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Datuk Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bakal bersara wajib pada 1 April.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Allaudeen yang sudah berkhidmat sebagai pegawai polis selama 39 tahun memulakan karier sebagai pelatih Inspektor di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada 1 Julai 1985.

Sebagai anak jati Kuala Lumpur, beliau teruja dan bersyukur kerana dapat menamatkan karier dengan berbakti sebagai Ketua Polis di sini sejak 14 Ogos 2023.

“Apa yang tertanam dalam jiwa ini adalah hanya untuk berkhidmat kepada pasukan yang mengangkat darjat diri kerdil ini.

“Tidak akan ada kehebatan dan kedudukan jika tidak kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadikan darah saya lebih biru dari merah.

“Dengan rezeki dari kerjaya polis inilah, saya membesarkan keluarga dan anak-anak saya seramai empat orang,” katanya ketika berucap pada majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Majlis itu dimulakan dengan upacara penyerahan watikah pelantikan dan pemakaian pangkat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Allaudeen dan Rusdi serta penyerahan tongkat kuasa.

Antara jawatan penting yang pernah disandang Rusdi termasuk Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

-Harian Metro

Tags: Ketua Polis Kuala LumpurRusdi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Tahan 34 Penjawat Awam Sebabkan Ketirisan Cukai RM2 Bilion

Next Post

Tiada Tambahan Hari Tol Percuma Sempena Aidilfitri – Ahmad Maslan

Related Posts

Allaudeen Dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur

Allaudeen Dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur

14/08/2023
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Ketua...

Next Post
Tiada Tambahan Hari Tol Percuma Sempena Aidilfitri – Ahmad Maslan

Tiada Tambahan Hari Tol Percuma Sempena Aidilfitri - Ahmad Maslan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd