• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Roboh Highland Towers: Masalah Penduduk Dijangka Selesai – ADUN

oleh Mohd Arshad
03/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Haikal Jatuh Dalam Gelanggang, Kepala Terhentak Ke Lantai – Setiausaha Agung PESAKA
Share on FacebookShare on Twitter

HULU KELANG – Perobohan dua blok Highland Towers dijangka mampu menyelesaikan aduan berbangkit oleh masyarakat yang tinggal di sekitar bangunan terbiar itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.

Menurutnya, susulan itu pada Sabtu, satu lawatan bersama Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad serta agensi terlibat telah diadakan bagi mencari solusi kepada aduan tersebut.

“Isu ini masih dalam status perbincangan. Keberangkalian paling utama ialah bangunan terbiar ini dirobohkan kerana tidak melihat pilihan lain (dalam menyelesaikan isu tersebut).

“Objektif utama bagi menyelesaikan aduan dan selepas dirobohkan, barulah fikirkan apa yang akan dibuat di kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau ditemui pada program gotong-royong perdana bagi persiapan kedatangan Ramadan di Masjid Bukit Antarabangsa di sini.

Mohd Kamri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung status perobohan bangunan terbiar tersebut.

Dalam tragedi runtuhan 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers telah runtuh sehingga meragut 48 nyawa.

Sejak itu, tapak berkenaan terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang mengundang rasa kurang senang penduduk setempat.

Susulan itu, Datuk Zuraida Kamaruddin semasa memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2019 memberitahu, bangunan terbiar itu akan dirobohkan.

Zuraida mencadangkan tapak itu dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.

Sementara itu, Ani menerusi mesyuarat penuh bulanan MPAJ yang diadakan baru-baru ini memaklumkan, pihak berkuasa tempatan itu akan mengeluarkan notis kepada pemilik hartanah terbabit untuk merobohkan struktur tersebut.

Ani berkata, notis itu akan dihantar kepada Highland Properties Sdn Bhd sebagai pemilik tapak dan Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai penyelesai syarikat.

Katanya, sekiranya syarikat gagal mengambil tindakan (merobohkan), MPAJ akan memulakan proses mendapatkan perintah mahkamah untuk menjalankan perobohan.

Ujarnya, perobohan dijangka selepas Ogos jika tiada sebarang bantahan di mahkamah dan kos perobohan itu anggarkan antara RM6 juta ke RM7 juta.

SinarHarian-

Tags: highland towersmasalah pendudukPerobohan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Highland Towers Diroboh Bulan Depan

14/09/2018
0

PETALING JAYA - Highland Towers yang terbiar sejak 25 tahun lalu akan dirobohkan seawal bulan depan. Menteri Perumahan dan Kerajaan...

Kaji Semula Perumahan B40 Highland Towers

30/06/2018
0

CADANGAN untuk membina projek perumahan bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di tapak kondominium Highland Towers perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd