PARIS: Kerajaan Perancis meningkatkan amaran amaran keganasannya ke tahap tertinggi susulan kes tembakan di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow, Russia, kata Perdana Menteri Gabriel Attal.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Beliau membuat pengumuman itu selepas pertemuan dengan pegawai kanan keselamatan dan pertahanan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Attal, dalam catatan di platform X, berkata keputusan itu, yang dibuat beberapa bulan sebelum Paris menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, diambil ‘berdasarkan pengakuan Daesh mendalangi serangan di Moscow, yang turut mengancam Perancis’.
Sistem amaran keganasan Perancis mempunyai tiga tahap, dan tahap tertinggi diaktifkan selepas serangan di Perancis atau di luar negara atau apabila salah satu daripada ancaman terbabit berpotensi berlaku.
Ia bagi membolehkan langkah keselamatan dipertingkatkan, termasuk rondaan oleh angkatan tentera di tempat awam seperti stesen kereta api, lapangan terbang dan institusi keagamaan.
BHonline-