• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah KK Mart, Pembekal Stoking Didakwa Lukakan Perasaan Muslim

oleh AK-47
26/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengarah KK Mart, Pembekal Stoking Didakwa Lukakan Perasaan Muslim
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew Mui, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Chai dan Loh yang merupakan pengarah syarikat terbabit didakwa dengan pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan itu dijalankan di hadapan hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Tiga individu lain yang merupakan pengarah syarikat Xin Jiang Chang Sdn Bhd – yang membekalkan stoking tertera kalimah Allah kepada KK Mart – turut dikenakan pertuduhan.

Goh Li Huay, Soh Hui San dan Soh Chin Huat yang didakwa bersubahat dengan KK Mart dan berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dan dibaca bersama Seksyen 298.

Ketiga-tiga mereka yang mempunyai pertalian antara satu sama juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Seksyen 298 itu membabitkan perbuatan menyebut perkataan atau sebagainya dengan sengaja dengan niat mahu melukakan perasaan agama seseorang.

Jika sabit kesalahan pelakunya boileh dipenjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Selain individu, pihak pendakwaan turut mendakwa KK Mart dan Xin Jiang Chang sebagai entiti dalam kes itu.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Masri Mohd Daud, Khairul Azreem Mamat, Ku Hayati Ku Haron, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Mohd Azhar.

Sementara itu, salah seorang peguam bela yang mewakili KK Mar dan dua pengarahnya, Rajpal Singh, berkata mereka yakin memiliki peluang yang cerah untuk memenangi kes tersebut.

Ditemui Malaysiakini di luar kamar mahkamah, dia berkata, memang pada peringkat awal lagi KK Mart, Chai dan Loh didakwa di mahkamah.

“Mereka (pihak pendakwaan) merasakan mereka ada kes, sebab itu mereka membuat pendakwaan di mahkamah mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan hari ini.

“Kami menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Anak guam saya telah mengaku tidak bersalah, dan mereka tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: isu stokingKK Mart
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Perlu Segera Tangani Isu Kenaikan Harga Bahan Binaan – PKMM

Next Post

Lelaki Didakwa Cederakan Rakan Sekampung Guna Parang

Related Posts

‘TERKINI: Pengasas KK Mart, Isteri Serta Tiga Pengarah Bebas, Lepas Tuduhan Isu Stoking Kalimah’

‘TERKINI: Pengasas KK Mart, Isteri Serta Tiga Pengarah Bebas, Lepas Tuduhan Isu Stoking Kalimah’

15/07/2024
2

SHAH ALAM : Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri...

Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu

Dr Akmal Ditahan Bantu Siasatan Akta Hasutan, Komunikasi – KPN

05/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan untuk siasatan...

Next Post
Lelaki Didakwa Cederakan Rakan Sekampung Guna Parang

Lelaki Didakwa Cederakan Rakan Sekampung Guna Parang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd