Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Maszlee Janji Jadikan TVET...

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan berusaha ke arah menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan...

Waktu Operasi Kaunter Tiket...

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melanjutkan waktu operasi kaunter...

DUN Selangor Perlu Dibubarkan...

PENGUMUMAN yang dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengatakan bahawa Pakatan Rakyat...

Wanita Ditahan Reman Bukan...

SEREMBAN - Wanita ditahan reman yang dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, kanak-kanak lelaki...

Pemuda Kekal Dipenjara Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir seorang pemuda berusia 22 tahun yang disabitkan atas kesalahan membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran, tujuh tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak rayuan perayu selaku penama pertama.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.

Pemuda berkenaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang mengekalkan perintah supaya dia kekal ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 11 September 2023, Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa penama pertama bukan sahaja bertanggungjawab memulakan kebakaran, malah mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan bencana tubuh kepada 23 mangsa dalam kejadian menyayat hati itu.

Panel itu turut berpendapat, keterangan pihak pendakwaan sebegitu kuat bahawa penama pertama adalah pihak yang bertanggungjawab memanjat pagar belakang tahfiz untuk memulakan kebakaran.


Hakim Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keempat-empat elemen bagi mensabitkan pemuda itu terhadap semua pertuduhan.

Pada 28 Januari 2020, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan penama kedua tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya.

Pada 17 Ogos 2020, Hakim Datuk Azman Abdullah bagaimanapun mendapati penama pertama bersalah dan mengenakan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana perayu yang ketika itu berusia 16 tahun adalah pesalah kanak-kanak.

Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun, namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua mereka yang ketika kejadian berusia 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori