• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemaju Perumahan Disaran Bina Sekolah, Atasi Kesesakan Murid – Pakar

oleh AK-47
14/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemaju Perumahan Disaran Bina Sekolah, Atasi Kesesakan Murid – Pakar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran untuk mewajibkan pemaju membina sekolah di kawasan perumahan baharu yang mempunyai lebih 500 unit kediaman, bagi mengatasi isu kesesakan murid.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius dalam perancangan bandar serta polisi pendidikan, memandangkan pembangunan bandar sedia ada tidak seimbang dengan pembangunan infrastruktur sekolah.

“Pihak pemaju perlu membangunkan sekolah rendah, pada waktu sama mereka bangunkan kawasan bandar atau perumahan baharu, jika pembangunan perumahan dalam 500 unit, perlu bina sekolah rendah tetapi jika perumahan melebihi 500 unit maka pemaju perlu bina sekolah rendah dan menengah.

“Kita tidak boleh lagi harapkan pemaju sediakan tanah kosong untuk pembinaan sekolah yang akhirnya selepas beberapa tahun kemudian, sekolah tidak juga dibina kerana masalah birokrasi dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Justeru Anuar berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan langkah untuk memberikan pengecualian cukai kepada pemaju yang telah membina sekolah di kawasan pembangunan mereka, sebagai timbal balas kepada pemaju.

Beliau yang juga Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara berkata, sebagai penyelesaian jangka pendek, kementerian boleh mewujudkan jawatan pembantu guru khususnya bagi kelas yang mempunyai bilangan murid melebihi 40 orang, selain menambah bilangan guru di sekolah yang padat.

“Di peringkat global, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Tabung Kanak-Kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mencadangkan, kadar bilangan murid untuk satu-satu kelas seramai 20 hingga 25 murid sahaja bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) berkesan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangannya sekiranya masalah itu tidak diatasi dengan segera akan menyebabkan kualiti, motivasi serta tumpuan murid belajar terus merosot dan guru pula hilang tumpuan serta burn out.

Pada sesi pembukaan sekolah yang bermula Ahad lalu, banyak rungutan dalam kalangan ibu bapa mendakwa murid terlalu ramai dalam sebuah kelas, bahkan terdapat kelas yang mempunyai lebih 50 murid dengan berbelas kelas diwujudkan bagi setiap darjah dan tingkatan.

-Sinar Harian

Tags: Kesesakan Muridpemaju perumahanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd