Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Petronas Penaja Platinum Sukan...

PUTRAJAYA - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) disenaraikan sebagai penaja platinum Sukan SEA ke-29...

VIDEO: Wanita Bogel Selamba...

KES wanita 'bersiar-siar' dalam keadaan bogel bukanlah sesuatu yang luar biasa di negara kita...

Basikal Lajak: Sam Dibenar...

PUTRAJAYA : Kerani wanita, Sam Ke Ting hari ini dibenar oleh Mahkamah Rayuan...

Berita Tular Penculikan, Jual...

Georgetown : Polis menyifatkan berita penculikan kanak-kanak dan penjualan organ manusia yang tular...

Pakar Patologi, 5 Lelaki Lain Kekal Bersalah Bunuh Morais

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan sabitan terhadap bekas pakar patologi Dr R Kunaseegaran dan lima lelaki lain dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais sembilan tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim dipengerusikan Hadhariah Syed Ismail sebulat suara mengekalkan keputusan bersalah terhadap Kunaseegaran, 61; serta S Ravi Chandaran, 53; R Dinishwaran, 32; AK Thinesh Kumar, 31; M Vishwanath, 34; dan S Nimalan, 31.

Hadhariah berkata, pembelaan enam lelaki itu yang mendakwa tidak mengenali Morais, tidak mempunyai motif, dan mereka semua orang baik, hanyalah sesuatu yang difikirkan kemudian.

Hakim kanan itu juga memutuskan bahawa jenayah berkenaan sebagai luar biasa justeru enam lelaki terbabit patut dihukum mati.

Hadhariah juga memberitahu, hakim mahkamah tinggi tidak melakukan kesilapan semasa membuat penghakiman semasa mensabitkan kes berkenaan.

Dia juga berkata, Kunaseegaran memiliki motif untuk membunuh Morais, manakala lima tertuduh lain bersubahat dalam jenayah tersebut.

“Pembunuhan itu dirancang dengan teliti. Mayat mangsa menunjukkan kekejaman dilakukan oleh semua tertuduh,” katanya.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas enam lelaki terbabit atas tuduhan membunuh Morais lima tahun sebelumnya.

Mayat Morais ditemui dalam tong dram berisi konkrit pada 16 Sept 2015, di Subang Jaya.


Seramai 84 saksi termasuk 14 saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 6 April 2016.

Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang ketika itu membawa hukuman mati mandatori.

Kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori tahun lepas, menjadikannya hukuman pilihan bagi membunuh dan kesalahan tertentu yang lain.

Seorang lelaki lain, G Gunasekaran, pada mulanya didakwa bersama enam tertuduh terbabit sebelum mahkamah membenarkan pihak pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan ke atasnya pada 20 Dis 2016.

Dia sebaliknya menghadapi pertuduhan alternatif iaitu mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana melupuskan mayat Morais. Gunasekaran mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut.

Semasa menjalani hukuman penjara dua tahun atas sabitan berkenaan, Gunasekaran memberi keterangan bagi pihak pendakwaan terhadap enam lelaki terbabit.

Dia dibebaskan dari penjara pada Jan 2017.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori