• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Patologi, 5 Lelaki Lain Kekal Bersalah Bunuh Morais

oleh AK-47
14/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pakar Patologi, 5 Lelaki Lain Kekal Bersalah Bunuh Morais
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan sabitan terhadap bekas pakar patologi Dr R Kunaseegaran dan lima lelaki lain dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais sembilan tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim dipengerusikan Hadhariah Syed Ismail sebulat suara mengekalkan keputusan bersalah terhadap Kunaseegaran, 61; serta S Ravi Chandaran, 53; R Dinishwaran, 32; AK Thinesh Kumar, 31; M Vishwanath, 34; dan S Nimalan, 31.

Hadhariah berkata, pembelaan enam lelaki itu yang mendakwa tidak mengenali Morais, tidak mempunyai motif, dan mereka semua orang baik, hanyalah sesuatu yang difikirkan kemudian.

Hakim kanan itu juga memutuskan bahawa jenayah berkenaan sebagai luar biasa justeru enam lelaki terbabit patut dihukum mati.

Hadhariah juga memberitahu, hakim mahkamah tinggi tidak melakukan kesilapan semasa membuat penghakiman semasa mensabitkan kes berkenaan.

Dia juga berkata, Kunaseegaran memiliki motif untuk membunuh Morais, manakala lima tertuduh lain bersubahat dalam jenayah tersebut.

“Pembunuhan itu dirancang dengan teliti. Mayat mangsa menunjukkan kekejaman dilakukan oleh semua tertuduh,” katanya.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas enam lelaki terbabit atas tuduhan membunuh Morais lima tahun sebelumnya.

Mayat Morais ditemui dalam tong dram berisi konkrit pada 16 Sept 2015, di Subang Jaya.

Seramai 84 saksi termasuk 14 saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 6 April 2016.

Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang ketika itu membawa hukuman mati mandatori.

Kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori tahun lepas, menjadikannya hukuman pilihan bagi membunuh dan kesalahan tertentu yang lain.

Seorang lelaki lain, G Gunasekaran, pada mulanya didakwa bersama enam tertuduh terbabit sebelum mahkamah membenarkan pihak pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan ke atasnya pada 20 Dis 2016.

Dia sebaliknya menghadapi pertuduhan alternatif iaitu mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana melupuskan mayat Morais. Gunasekaran mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut.

Semasa menjalani hukuman penjara dua tahun atas sabitan berkenaan, Gunasekaran memberi keterangan bagi pihak pendakwaan terhadap enam lelaki terbabit.

Dia dibebaskan dari penjara pada Jan 2017.

-Malaysia Kini

Tags: Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Kevin Morais: Bekas Pakar Patologi Kekal Ke Tali Gantung, 2 Dipenjara, 3 Lepas Bebas

Bunuh Kevin Morais: Bekas Pakar Patologi Kekal Ke Tali Gantung, 2 Dipenjara, 3 Lepas Bebas

01/07/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas pakar patologi tentera kekal ke tali gantung, manakala dua lagi lelaki masing-masing dipenjara 35 dan 40 tahun oleh...

Dewan Negara Lulus RUU Kawalan Produk Merokok

Elemen Kematian Kevin Morais Disebabkan 6 Lelaki Berjaya Dibuktikan – Pendakwaan

14/12/2023
0

PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan menegaskan empat elemen pertuduhan termasuk kematian Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, berpunca daripada perlakuan enam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd