• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Korban Terakhir Tragedi Bot Karam Di Kapit Ditemukan

oleh Mohd Arshad
15/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siti Dhia Keluar Rumah Kerana Selisih Faham – Ibu
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Mayat Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, anggota polis yang terkorban dalam tragedi bot karam berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh di Bahagian Kapit dekat sini ditemukan pada Jumaat, sembilan hari selepas kejadian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Iskandar merupakan mangsa terakhir ditemukan dalam tragedi yang turut meragut nyawa seorang lagi rakan setugasnya, Sarjan Jonathan Lambert dan dua orang awam yang menaiki bot malang berkenaan, yang karam ketika menempuh pusaran air di Sungai Batang Baleh kira-kira jam 5 petang 7 Mac lepas.

“Mayat Iskandar yang masih lengkap berpakaian seragam polis ditemukan di kawasan Seputin, Sungai Batang Rajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 11.30 pagi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timoty Barat ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Menurutnya, seorang guru bersama beberapa penumpang lain menaiki perahu penumpang yang sedang dalam perjalanan balik dari SK Pelagus ke Kapit ternampak mayat terapung di permukaan sungai dan terus menghubungi pihak Bomba Kapit.

Sebaik menerima makluman tersebut, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan mengesahkan mayat yang terapung itu adalah mayat mangsa terakhir tragedi bot karam berkenaan.

Timoty berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya oleh Ketua Polis Daerah Kapit.

Ketika kejadian kedua-dua anggota polis itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kapit ke Nanga Tulie bagi mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram bersama bahan peledak untuk kegunaan kerja-kerja meletupkan batu bagi projek pembinaan jalan di kawasan Baleh.

Operasi SAR yang digerakkan sejurus mendapat laporan kejadian itu hanya berjaya menemukan tiga mangsa dua hari selepas kejadian itu, dengan mayat Jonathan ditemukan terapung berhampiran Terminal Bot Ekspres Kapit, manakala mayat dua orang awam, Jack Balan, 45, dan Amerson John Nain, 47, ditemukan hanyut lebih 160 km dari lokasi kejadian.

Seorang lagi orang awam, Moses Ngui, 47, yang turut berada di dalam bot itu semasa kejadian telah berjaya diselamatkan oleh orang ramai.

Bernama-

Tags: kapittragedi bot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Bot Karam, Bayi Berusia Setahun Lemas

Tragedi Bot Karam, Bayi Berusia Setahun Lemas

09/10/2022
0

KOTA BELUD: Seorang bayi lelaki berusia setahun lemas manakala, sembilan penumpang lain terselamat dalam tragedi bot karam yang berlaku di...

Video: MBPP Tiada Hati Perut, Kapit Kereta OKU

15/02/2025
0

GEORGE TOWN - "Kamu sangat biadab terhadap orang awam, jika berlaku apa-apa kat warga emas ini, siapa yang mahu bertanggungjawab?" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd