• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terima Jemputan Sertai Climate Club – Anwar

oleh Mohd Arshad
16/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Terima Jemputan Sertai Climate Club – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

HAMBURG : Malaysia bersetuju secara prinsipnya untuk menyertai Climate Club (Kelab Iklim) iaitu sebuah forum antarabangsa untuk pertukaran mengenai pemerkasaan tindakan iklim dan dekarbonisasi industri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jemputan dihulurkan kepada Malaysia oleh Canselor Jerman, Olaf Schulz.

“Canselor Scholz mencadangkan supaya kita bekerjasama dalam menangani isu berkaitan alam sekitar yang membimbangkan.

“Justeru Malaysia bersetuju secara prinsipnya dengan jemputan itu untuk meningkatkan tahap kerjasama, seperti yang kita lakukan dalam sektor lain seperti ekonomi dan pendidikan,” katanya kepada media pada akhir lawatan rasmi enam hari beliau ke Jerman.

Pada masa sama, Anwar berkata, Malaysia boleh memanfaatkan penyertaan itu dari segi pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti.

“Ia juga akan mengukuhkan profil Malaysia dalam usaha tindakan iklim serta komitmen kita untuk memenuhi obligasi di bawah Perjanjian Paris,” katanya.

Kelab Iklim dilancarkan di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 (COP28), dengan objektif untuk menyokong pelaksanaan berkesan Perjanjian Paris dan keputusannya. Jerman adalah pengerusi bersama Kelab Iklim.

Sementara itu, Anwar berkata dalam pertemuan itu, Schulz, juga menyatakan harapan Jerman supaya Malaysia segera menyelesaikan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Persekutuan Eropah (MEUFTA) untuk memacu kerjasama ekonomi lebih lanjut.

Anwar berkata, beliau juga sempat menyuarakan kepada Schulzmengenai kebimbangan terhadap impak pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang mensasarkan komoditi minyak kelapa sawit.

Katanya, beliau juga menyatakan rasa syukur kepada Schulz atas kesediaan Jerman untuk bertindak sebagai perantara dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam menyampaikan kebimbangan Malaysia serta isu berkaitan dengan MEUFTA dan EUDR.

“Kita menyuarakan pandangan bahawa kritikan Eropah mungkin sudah lapuk dan mereka tidak mengikuti perkembangan terkini.

“Tiada lagi penebangan hutan berskala besar seperti sebelum ini, dan sudah berlaku begitu selama bertahun-tahun. Kita berasakan jika maklumat terkini diberikan, mereka akan lebih positif.

“Kita akan menggunakan platform hubungan dengan pihak Jerman ini untuk meningkatkan pemahaman dan kerjasama untuk menyelesaikan isu ini, yang menjadi punca kebimbangan bagi industri minyak kelapa sawit kita,” katanya.

Anwar berkata, beliau juga membincangkan mengenai isu penyalahgunaan Dana Litigasi Pihak Ketiga (TPLF) ketika pertemuan bersama Schulz.

Anwar berkata, beliau sudah meminta Jerman untuk menyokong usaha dan inisiatif sedia ada untuk memantau industri dana litigasi.

Malaysia sebelum ini terbabit dalam isu undang-undang dengan waris kononnya dari kerajaan Sulu yang sudah tidak wujud, dan ia disokong oleh pihak dana ketiga, yang melancarkan cubaan untuk mendapatkan berbilion dolar dari kerajaan berkaitan dengan tuntutan mereka terhadap Sabah.

-Berita Harian

Tags: Climate Club
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Capai Minat Pelaburan Baharu RM45.4 Bilion – Anwar

Next Post

‘Saya Mohon Maaf, Tak Mungkin Kita Buat Perkara Sebegini’ – Pengasas KK Mart

Related Posts

No Content Available
Next Post
‘Saya Mohon Maaf, Tak Mungkin Kita Buat Perkara Sebegini’ – Pengasas KK Mart

'Saya Mohon Maaf, Tak Mungkin Kita Buat Perkara Sebegini' - Pengasas KK Mart

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd