• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

oleh Mohd Arshad
22/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai syarikat penerbangan komersial rasmi kelab itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail, berkata pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan perkongsian menarik ini dengan MU, sebuah kelab yang sinonim dengan kecemerlangan dan semangat bersukan di seluruh dunia dan mengukuhkan jejak global mereka.

Katanya, kerjasama itu menghimpunkan dua ikon global untuk mencipta kenangan pengalaman untuk peminat dan pelanggan.

“Sama seperti bola sepak yang menyatukan manusia dari seluruh dunia perjalanan hidup, merentasi sempadan dan budaya, perjalanan juga mempunyai kuasa untuk menghubungkan kita dengan cara yang sama.

“Melalui perkongsian ini, Malaysia Airlines bersedia untuk melebarkan Hospitaliti Malaysia yang terkenal kepada lebih 1.1 bilion peminat MU dan pengikut di seluruh dunia termasuk 577 juta peminatnya yang berada di dalam pasaran utama kami.

“Ia juga bagi memanfaatkan inisiatif pemasaran jenama bersama untuk meningkatkan pengiktirafan jenama kepada khalayak global yang pelbagai, di samping menyampaikan perkhidmatan berkualiti dan pengalaman mendalam membabitkan kedua-dua jenama ini.

“Kerjasama dengan kelab yang diiktiraf di peringkat global seperti MU meletakkan Malaysia Airlines di hadapan masyarakat dunia selain mampu meningkatkan jenama kami terutamanya di Eropah dan Asia Tenggara di mana kelab ini mempunyai peminat yang besar dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perkongsian di antara Malaysia Airlines dengan Manchester United di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alliances & Partnerships Manchester United, Victoria Timpson, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi serta pemain lagenda MU, Patrice Evra dan Wes Brown.

Mengulas lanjut Izham berkata kerjasama itu juga bakal menjadi penyumbang utama dalam mencapai rancangan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 MAG dan berfungsi sebagai pintu masuk MAG ke seluruh dunia.

Sementara itu, MAG turut memperkenalkan laluan baharunya ke Maldives; Chiang Mai, Thailand dan Da Nang, Vietnam yang tersedia dijual bermula hari ini.

Syarikat penerbangan itu akan memulakan penerbangan hariannya ke Maldives pada 1 Ogos, Da Nang (24 September) dan Chiang Mai (15 Ogos).

Sementara itu Victoria berkata Manchester United mempunyai jalinan yang lama dan hubungan yang membanggakan dengan Malaysia, dengan sejarah sokongan penuh semangat daripada seluruh negara.

“Kami mempunyai tiga kelab penyokong rasmi Malaysia, dengan cawangan Kuala Lumpur menjadi salah satu komuniti penyokong terbesar bagi kelab ini, mencerminkan kecintaan rakyat negara ini terhadap semua perkara membabitkan MU.

“Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Malaysia Airlines menjadi sebahagian daripada keluarga rakan kongsi kami dan melihat ke hadapan untuk berkongsi dengan peminat global kami yang dipercayai dan mesra perkhidmatan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Malaysia AirlinesManchester United
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd