Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Video: Peniaga Bergaduh Sampai...

GARA-gara tidak berpuas hati, seorang lelaki bertindak mengugut untuk merogol seorang peniaga wanita...

Angelina Jolie Dapat Hak...

AKHIRNYA pasangan 'Brangelina' mencapai kata sepakat mengenai hak penjagaan keenam-enam mereka. Brad Pitt bersetuju...

Kolej Al-Quran Terengganu Mula...

KUALA TERENGGANU - Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) akan memulakan operasinya dengan status institusi...

Bayi Lelaki Ditemui Meninggal...

JASIN - Seorang bayi lelaki Muhammad Arash Zahrain Osman berusia setahun dua bulan...

Lindungi Aktiviti Haram, SPRM Tahan Pegawai Kanan Polis KL

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang pegawai kanan dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan yang bertugas diIbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, sebarang tindakan yang akan diambil oleh pihaknya bergantung kepada hasil siasatan SPRM nanti.

“Kita serah kepada SPRM jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, selepas itu baru kita akan lihat tindakan dari pihak kita,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Allaudeen berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.


Laporan media sebelum ini menyebut seorang pegawai kanan bertugas di IPK Kuala Lumpur ditahan SPRM semalam selepas dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Menurut sumber, penahanan pegawai kanan di Putrajaya itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM pagi ini bagi proses siasatan lanjut.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori