Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Import Eksport Merosot, Pakar...

SEORANG ahli ekonomi percaya angka perdagangan Malaysia yang menurun merupakan petunjuk kepada kemelesetan...

UTeM Juarai Pertandingan Intervarsity...

KUALA LUMPUR - Kelab Kebudayaan India Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) muncul juara...

“Tak Perlu Takut, Saya...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak hairan apabila Pakatan Harapan (PH) takut lihat...

Video: KJ Terkedu Lepas...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) sering diberi jolokan 'tall, dark and...

Lelaki Didakwa Cederakan Rakan Sekampung Guna Parang

Kuala Terengganu : Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didakwa mencederakan rakan sekampungnya sehingga menyebabkannya putus jari manis kiri selain hampir putus telinga kiri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Muhammad Hafiz Izzuddin Yusof,26 , membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki yang ketika kejadian berusia 35 tahun menggunakan sebilah parang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah di Gong Kijang di sini, 8 malam 11 Disember 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 24 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori