Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Ibu Cerita Kisah Sebenar...

INGATKAH lagi anda dengan video 'Kisah Murid Kudung Ini Diejek Amat Menyentuh Hati' yang...

Anzalna Nasir Akui Kehidupan...

BAHARU sehaja mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Anzalna Nasir mengakui dia kini lebih...

10 Deretan Kedai Musnah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 deretan kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Mewah...

Turki Rancang Hasilkan Jet...

Turki merancang mengeluarkan jet tempur "Hurjet" dengan Malaysia jika proses tender berjaya, kata...

KK Di Batu Pahat Diperiksa

BATU PAHAT: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas semua kedai serbaneka KK Super Mart di daerah ini berikutan tercetus kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah, baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Operasi itu diketuai pejabat kadi daerah bersama sembilan pegawai dan anggota untuk menjalankan pemeriksaan jika masih ada premis menjual stoking terbabit.

“Ia bermula jam 11.30 pagi di mana pemeriksaan menyeluruh dijalankan ke atas lima premis KK Mart di Batu Pahat, antaranya di Jalan Rugayah, Jalan Rahmat, Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir, Jalan Besar Rengit dan Jalan Universiti 1, Taman Universiti.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati premis terbabit tidak mempunyai barangan dimaksudkan iaitu stoking tertera kalimah Allah.

“MPBP menjunjung dan mendokong penuh titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk terus mempertahankan kemuliaan Islam di Johor,” katanya menerusi kenyataan.

Namun, katanya, sepanjang pemeriksaan itu, pihaknya mendapati sebuah KK Mart di Rengit melanggar peraturan ditetapkan.

“Pemeriksaan premis KK Mart di Jalan Besar Rengit mendapati kedai ini tidak mempunyai lesen iklan. Justeru, MPBP mengeluarkan notis kompaun terbabit mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Iklan 2010,” katanya.


Semalam, MPBP bertindak membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi membabitkan pengedaran stoking tertera kalimah Allah.

Tindakan diambil MPBP itu selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan, ia dilakukan selepas syarikat terbabit didapati melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan iaitu stor dan pengedar kasut.

Notis itu diserahkan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin kepada Pengarah Urusannya, Soh Hui San di Menara MPBP, Jalan Rugayah.

Dua hari lalu, kilang terbabit diserbu polis pada jam 9 pagi, dengan lima pasang stoking tertera kalimah Allah ditemui.

Namun, siasatan polis mendapati kelima-lima stoking terbabit adalah dipulangkan dari premis KK Mart di Bandar Sunway.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori