• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Goodyear Tutup: Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Bantu 550 Pekerja Terjejas

oleh Mohd Arshad
08/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cuaca Dijangka Panas, Kering Sepanjang Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menubuhkan pasukan khas bagi membantu 550 pekerja yang terjejas ekoran penutupan kilang Goodyear di Shah Alam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

MIDA dalam satu kenyataan berkata, pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja serta menawarkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja yang terjejas.

“Melihat kepada kejayaan usaha terdahulu, MIDA aktif bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) serta Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia yang baharu untuk memudahkan bantuan penempatan pekerjaan daripada pelbagai sektor.

“Usaha kerjasama ini menunjukkan potensi mekanisme sokongan yang berkesan bagi membantu mereka yang terjejas berikutan penutupan kilang Goodyear di Shah Alam, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap peralihan dan daya tahan tenaga kerja,” kata MIDA.

Menurut MIDA, langkah intervensi itu bukti komitmen tidak berbelah bahagi mereka dalam menyokong tenaga kerja yang terjejas untuk mendapatkan peluang pekerjaan baharu, menerusi pendekatan yang berjaya sebelum ini bersama syarikat yang melaksanakan rasionalisasi atau pengecilan operasi.

“Keadaan ini menggariskan kepentingan komitmen MITI dan MIDA untuk menyokong pekerja yang terjejas dan memupuk daya tahan,” katanya.

Goodyear, bersama-sama pemegang sahamnya, telah menyelaraskan satu rangka kerja sokongan untuk pekerjanya sebelum memutuskan untuk menutup kilangnya di Shah Alam itu.

“Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada langkah operasi global Goodyear bagi mencapai penjimatan kos tahunan sebanyak AS$1 bilion menjelang 2025. Syarikat itu menanggung kerugian sejak 2017, mendorong peralihan strategik ke arah mengoptimumkan operasinya,” kata MIDA.

Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat itu, ia merancang untuk beralih daripada pengeluar kepada pengedar, menumpukan kepada segmen premium yang menguntungkan, membina keupayaan dalam jualan dan pemasaran, mengukuhkan rangkaian pengedaran, dan menambah baik struktur kos.

Sementara itu, MIDA berkata, Malaysia mencapai prestasi pelaburan yang bersejarah pada 2023 dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM329.5 bilion merentasi pelbagai sektor ekonomi.

Ia berkata, dalam sektor pembuatan sahaja, yang menyumbang RM152 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan, sebahagian besarnya iaitu 62.9 peratus, atau RM95.5 bilion pelaburan berasal daripada pengembangan perniagaan sedia ada dan yang mempelbagaikan operasi mereka.

“Ini menunjukkan keyakinan yang kukuh syarikat-syarikat yang mapan terhadap kestabilan ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia,” katanya.

Bernama-

Tags: KerajaanKilang Goodyearpasukan khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd