Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Sekurang-Kurangnya 3 Maut Akibat...

MANILA - Sekurang-kurangnya tiga maut dalam kejadian berkaitan Taufan Melor yang membadai tengah...

Mudah Kerja Dengan Mira,...

SEBAGAI rakan artis, pelakon Syafiq Kyle berkongsi pengalaman manisnya bersama pelakon Mira Filzah...

Ahli PKR Kecewa Azmin...

APABILA National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa kononnya ada seorang menteri salah guna...

Raja Abdullah Tawar Kuda...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum...

Kes Bunuh Bella: Sebutan Semula Di Mahkamah Tinggi Muar 22 April Ini

Batu Pahat : Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 21 April depan untuk mendengar pihak pendakwaan mengemukakan permohonan izin bagi memindahkan kes teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz yang didakwa membunuh wanita itu, ke Mahkamah Tinggi Muar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Suhaila Shafi’uddin menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan diketuai Siti Khalijah Khalid memaklumkan sudah menerima laporan forensik berhubung kes terbabit.

Prosiding yang ditetapkan hari ini adalah pengesahan penerimaan laporan forensik sekali gus membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen diperlukan untuk memindahkan kes Mahkamah Tinggi.

“Pihak pendakwaan sudah menerima laporan forensik dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh bagi membolehkan permohonan izin dikemukakan,” hujah Siti Khalijah.

Peguam bela yang mewakili Mohammad Haikal, Syahril Anuar Harun memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak mempunyai halangan serta bersetuju dengan tarikh berkenaan.

Terdahulu, Mohammad Haikal tiba di mahkamah sekitar jam 8.15 pagi dengan berbaju putih. Turut kelihatan anak lelaki Bella, Eusof Abdul Fatah, 5, serta ahli keluarganya yang menunggu di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi.


Hadir sama, peguam pemerhati keluarga Bella, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan.

Pada 24 Januari lalu, Mohammad Haikal didakwa membunuh Bella atau nama sebenar Mila Sharmilah Samsusah, Disember lalu.

Mengikut pertuduhan, bekas posmen itu didakwa membunuh Mila Sharmilah, 32, di antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Kejadian itu berlaku pada 11 malam hingga 5 pagi, antara 14 hingga 15 Disember lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori