KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial pada masa ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Bagaimanapun, katanya kerjasama lebih baik diperlukan daripada platform media sosial berkaitan beberapa isu keselamatan.
“Beberapa langkah sedang dipertimbangkan kerajaan termasuk dalam isu berkaitan keselamatan seperti perkhidmatan dalam talian bagi kanak-kanak supaya dapat ditangani dengan lebih baik, begitu juga dengan bahan berkaitan pornografi dan jualan produk tidak patut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (BN-Batu Pahat) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan menutup Tiktok dan media sosial lain yang memudaratkan seperti yang sudah dilaksanakan beberapa negara.
-Berita Harian