• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tiada Hasrat Dedah Nama Pasangan Nikah Di Thailand

oleh Mohd Arshad
23/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak akan mendedahkan nama pasangan dari negeri ini yang berkahwin di Thailand yang tidak mendaftarkan perkahwinan di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Perpaduan, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, sebaliknya kerajaan negeri akan terus menasihati pasangan terbabit untuk segera mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama bagi mengelak sebarang kesulitan di kemudian hari.

Beliau berkata, ia bagi memastikan tiada siapa yang tercicir daripada mendapat hak, keistimewaan dan kebajikan selepas mendaftarkan perkahwinan, selain mengelakkan masalah dokumentasi anak.

“Kita kempen bukan tak boleh berpoligami, tetapi cumanya bila balik mai sini, segeralah mendaftar agar anak-anak dapat mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapat pembelaan itu sahaja.

“Saya tidak ada jumlah tepat, tapi dari media sosial menyebut dalam sebulan ada 300 pasangan yang berkahwin di sana.

“… tapi tak banyak orang Kedah yang berkahwin di sana, kalau kahwin pun ada sebab-sebab tertentu saja,” katanya selepas merasmikan Program Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Kedah di sini, hari ini.

Halimaton Shaadiah berkata, masalah kahwin rentas sempadan yang tidak didaftarkan di negara ini menjadi antara punca utama anak-anak keciciran dalam mendapatkan pendidikan, selain manfaat lain sebagai rakyat negara ini.

Sebelum ini, Halimaton Shaadiah ketika sesi penggulungan perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 7 Mac lalu, dilaporkan berkata pejabat agama Islam di selatan Thailand akan menyerahkan senarai nama rakyat Kedah yang berkahwin di wilayah itu bagi menyelesaikan masalah perkahwinan yang tidak didaftarkan di negara ini.

Beliau berkata, data itu bagi membolehkan pihak berkuasa agama Islam negeri ini menetapkan perintah kepada pasangan terbabit untuk mendaftarkan perkahwinan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Halimaton Shaadiah berkata, antara masalah yang akan dihadapi pasangan berkahwin di Thailand yang tidak mendaftarkan perkahwinan dengan MAIK adalah anak yang lahir tidak dapat didaftarkan dengan JPN.

“Isteri pula tiada hak jika bercerai hidup atau bercerai mati. Seterusnya isteri dan anak tiada hak ke atas harta pusaka, penilaian peninggalan ayah atau suami. Ini termasuk anak tidak dapat belajar di sekolah kerajaan dan masalah ini membimbangkan,” katanya.

Bernama-

Tags: Kedahpasangan nikahThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd