• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerit Berkali-kali, Tapi Dengar Dengusan Nafas Adik Saja

oleh Mohd Arshad
17/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lapan Kenderaan Mewah Bernilai RM6 Juta Disita
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar: “Saya dah cuba selamatkan adik dengan menariknya untuk keluar ketika bas sedang terbakar, tetapi badannya tersepit di tempat duduk pemandu,” kata M Manivannan, 50.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian pada 3.55 pagi, adiknya M Jayakumar, 48, yang memandu bas ekspres ditemukan rentung selepas gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan itu terbakar.

Kemalangan berlaku apabila bas ekspres dipandu Jayakumar melanggar sebuah treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara dekat Gurun, awal pagi hari ini.

Menurut Manivannan, bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur membawa empat penumpang menghala ke Hatyai, Thailand.

Katanya, mereka bertolak dari Kuala Lumpur pada 9.30 malam semalam sebelum singgah di Ipoh, Perak dan meneruskan perjalanan.

“Pada mulanya saya memandu bas itu sebelum adik mengambil alih memandu pula pada 2.30 pagi ketika singgah di Alor Pongsu, Perak.

“Saya kemudian tidur di belakang bas dan tidak lama kemudian terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak kepulan asap.

“Saya berlari untuk menyelamatkan adik, tetapi tidak berdaya kerana dia tersepit sebelum berlari ke belakang untuk menyelamatkan penumpang dengan membuka pintu kecemasan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.

Menurut Mannivannan, dia kemudian cuba membantu adiknya sambil menjerit namanya berkali-kali supaya dia sedar, namun hanya terdengar dengusan nafas adiknya yang ketika itu masih hidup.

Katanya, dia cuba mengumpil tingkap pemandu bas berkenaan, namun gagal apabila api merebak dengan cepat menyebabkan jari telunjuk saya luka dan berdarah.

“Saya cuba berkali-kali untuk keluarkan adik hinggakan ada beberapa pemandu kenderaan cuba membantu sama tetapi gagal.

“Saya jerit sambil menangis, Jayakumar… Jayakumar… tetapi adik dipercayai dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum bas berkenaan hangus terbakar,” katanya.

Menurutnya, mendiang baru tiga bulan bekerja di syarikat bas ekspres berkenaan sebagai pemandu.

Katanya, adiknya tinggal di Selama, Perak dan mempunyai dua anak berusia 14 dan 17 tahun serta seorang isteri.

“Saya menetap di Padang Serai, Kulim bersama emak dan mendiang anak kelima daripada 11 beradik, manakala saya pula anak keempat menyebabkan hubungan kami sangat rapat.

“Sampai sekarang saya masih teringat kejadian itu kerana adik terbakar depan mata dan mungkin jika bantuan tiba dengan cepat, adik saya dapat diselamatkan.

“Saya dan pemandu sebuah lori turut menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran, tetapi api makin marak,” katanya.

Dalam kejadian itu, Manivannan mengalami luka di jari telunjuk tangan kiri, betis kanan serta dada mendapatkan rawatan di Hospital Pendang.

HarianMetro-

Tags: adikBas Terbakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lapan Kenderaan Mewah Bernilai RM6 Juta Disita

Next Post

Beri Donat Juadah Berbuka Kepada Jiran Sehari Sebelum Kelar Bayi Hingga Mati – Jiran

Related Posts

PM, Menteri Kewangan Terbabit Kes SPANCO Akan Disiasat

Adik Taib Mahmud Dakwa Keluarga Tidak Tahu Keadaan Bekas Yang di-Pertua Negeri

06/02/2024
0

KUCHING: Adik bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Mohamnad Tufail Mahmud, mahu isteri kedua abangnya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib,...

Bas Terbakar, 25 Penumpang Maut

Bas Terbakar, 25 Penumpang Maut

01/07/2023
0

ANKARA - Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India...

Next Post
Jerit Berkali-kali, Tapi Dengar Dengusan Nafas Adik Saja

Beri Donat Juadah Berbuka Kepada Jiran Sehari Sebelum Kelar Bayi Hingga Mati - Jiran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd