Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

RM290 Juta Untuk Program...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM290 juta bagi Program 1Malaysia 1Harga yang...

Mahathir Derhaka Pada UMNO,...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tun Dr....

Lelaki ‘Gemukkan’ Kekasih Elak...

CHINA – Bimbang kekasihnya menjadi rebutan lelaki lain, seorang lelaki bertindak `menggemukkan’ wanita...

Bapa Akui Polis Ditembak...

KELUARGA kepada pegawai polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi di Ibu...

Adik Taib Mahmud Dakwa Keluarga Tidak Tahu Keadaan Bekas Yang di-Pertua Negeri

KUCHING: Adik bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Mohamnad Tufail Mahmud, mahu isteri kedua abangnya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, bertanggungjawab penuh jika sesuatu berlaku ke atas Tun Abdul Taib Mahmud.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohammad Tufail menerusi laporan polis yang dibuatnya yang tular di media sosial sejak semalam, mendakwa mereka seisi keluarga, termasuk empat anak Abdul Taib tidak mengetahui keadaan sebenarnya tokoh berusia 87 tahun itu.

Beliau mendakwa, Abdul Taib dikeluarkan dari dari unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta, tengah malam Sabtu lalu.

Dakwanya, Abdul Taib dibawa keluar daripada hospital dengan mengabaikan mendengar nasihat kakitangan ICU, selain tidak dirundingkan dengan ahli keluarga.

“Ketika ini, tiada adik-beradik mahupun anak kandung abang saya (Abdul Taib) yang tahu kedudukan serta keadaan kesihatannya sekarang.

“Berdasarkan keadaan kesihatan abang saya dan laporan polis yang dibuat oleh doktor, saya dan keluarga amat prihatin terhadap kesihatan dan keselamatannya serta membuat laporan menggesa polis menyiasat perkara itu dengan segera dan melindungi abang saya,” katanya dalam laporan itu.

Mohammad Tufail mendakwa sebelum ini beliau diberi salinan laporan polis yang dibuat oleh doktor di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, tempat Abdul Taib menerima rawatan rapi.

Dalam laporannya, doktor terbabit mendakwa bahawa Abdul Taib dibawa keluar dari hospital walaupun dinasihatkan perlu kekal di kemudahan itu untuk rawatan.

Sementara itu, Raghad menerusi satu surat yang dihantar kepada media awal pagi tadi, merayu rakyat Sarawak menghentikan tuduhan dan sangkaan buruk terhadapnya.


Raghad berkata, beliau menyedari berita mengenai insiden Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital pakar yang tersebar sejak beberapa haru lalu.

“Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita portal dalam media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak.

“Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.

“Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami pada ketika ini,” katanya.

Raghad turut merayu agar semua pihak tidak percaya terhadap sebarang khabar angin bahawa beliau akan melarikan diri.

“Walaupun saya adalah warga asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.

“Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amal saya kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori