• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Rakam Cium Hajar Aswad Jika Sekadar Ikut Trend’ – Zulkifli

oleh Mohd Arshad
04/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Jangan Rakam Cium Hajar Aswad Jika Sekadar Ikut Trend’ – Zulkifli
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jemaah haji dan umrah dinasihatkan untuk tidak berebut-rebut merakam video dan gambar mencium Hajar Aswad sekiranya ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata agak janggal apabila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan cara sedemikian yang disifatkan tidak kena pada masanya.

“Saya lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.

“Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu.

“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah SWT, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu saja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta sebarang kandungan di media sosial,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, tular video seorang pempengaruh media sosial yang terpaksa bersesak-sesak dan menarik kumpulan jemaah terdiri kakitangannya untuk mencium Hajar Aswad.

Rakaman video diambil kakitangannya itu turut memperlihatkan beberapa kakitangan wanita, termasuk isterinya hampir ‘lemas’ hingga sukar bernafas kerana terpaksa bertolak-tolak antara jemaah lelaki yang turut berebut.

Dr Zulkifli berkata, jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membahayakan, hukum mencium Hajar Aswad adalah haram.

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium Hajar Aswad juga adalah ibadah. Beza kedua-duanya adalah tawaf itu wajib dan mencium Hajar Aswad adalah sunat.

“Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan soal jawab mengenai kesahihan hadis yang menyatakan Hajar Aswad adalah tangan kanan Allah SWT di bumi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menjelaskan bahawa berdasarkan beberapa pandangan ulama, hadis itu cenderung mengatakan ia tidak daripada Nabi Muhammad SAW.

“Justeru itu, kita sama sekali tidak boleh menyandarkannya kepada Nabi, akan tetapi sepertimana yang diperkatakan bahawa hadis ini berkemungkinan adalah ucapan Ibn Abbas dan bukannya daripada Nabi dengan lafaz yang sedikit berbeza.

“Kesimpulannya hadis ini tidak sahih dan menasihat jemaah supaya tidak menyakiti orang lain ketika ingin mengucup atau mengusap Hajar Aswad kerana perbuatan itu adalah haram.

“Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kesempatan dan peluang untuk mengusap dan mengucup Hajar Aswad,” menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

-Berita Harian

Tags: dr zulkifli mohamad al-bakriHajar Aswadtrend
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trend ‘Unboxing Isteri’ Boleh Bawa Keruntuhan Institusi Keluarga

12/01/2022
0

Kuala Lumpur: Trend 'unboxing isteri', termasuk pengantin lelaki membantu membuka tudung pengantin perempuan yang dirakam sebelum video itu tular dalam...

Pemindahan Organ Khinzir Kepada Manusia Dibolehkan Bersyarat

25/10/2021
0

Pemindahan organ khinzir kepada manusia adalah dibolehkan dengan syarat ia adalah darurat yang disahkan oleh pakar perubatan dan tidak ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd