• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Stoking: Pemuda Minta Maaf Lepas Dapat ‘Nasihat’ Geng Silat

oleh AK-47
19/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Stoking: Pemuda Minta Maaf Lepas Dapat ‘Nasihat’ Geng Silat
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki dari Cheras, Kuala Lumpur tampil memohon maaf secara terbuka setelah didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Chiok Wai Loong membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya sebelum ini kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

“Saya minta maaf terhadap hantaran di Facebook saya kepada semua orang Islam.

“Saya mengakui kesalahan dan berharap seluruh umat Islam boleh memaafkan saya.

“Saya janji tidak akan (membuat) komen tentang agama lain,” kata pemuda dalam video pendek kira-kira lima minit di Facebook miliknya.

Dalam video sama dia dia antaranya ditemani oleh individu dikenali sebagai Tok Panglima Aduka.

Mengaku tidak mewakili mana-mana pihak, dia mungkin anggota sebuah pertubuhan silat, berdasarkan maklumat di Facebooknya.

Tok Panglima Aduka juga memberi nasihat kepada Chiok supaya tidak mengulangi perkara itu dan menekankan keagungan nama Allah bagi umat Islam.

Chiok mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan itu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri.

Namun, posting berkenaan telah dipadam.

Sementara itu maklumat peribadi Chiok juga kini disebarkan meluas di media sosial, termasuk alamat dan nombor telefonnnya oleh pihak yang tidak berpuas hati.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung stoking putih tertera kalimah Allah yang dijual pada harga RM6.99 sepasang di KK Mart.

KK Mart membuat permohonan maaf atas kesilapan itu dan menarik balik jualannya.

Bagaimanapun selain berdepan gesaan boikot, Pemuda Umno pula menganggap permohonan maaf itu tidak cukup dan KK Mart harus menaikkan kain rentang mohon maaf di semua 881 cawangannya.

Kes itu kini dalam siasatan polis.

Individu dicekup

Sementara itu, seorang peguam yang berpangkalan di Batu Caves Nor Zabetha Muhamad Nor pula memuat naik gambar penahanan seorang pemuda oleh polis kerana didakwa membuat hantaran menghina Islam susulan isu sama.

Lelaki itu dikatakan memuatkan pandangan bahawa perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu, tetapi menggunakan perkataan agak keras.

“Isu 3R ini, memang tiada kompromi. “Tidak boleh hina bangsa dan agama orang lain,” tulis Nor Zabetha.

-Malaysia Kini

Tags: isu stoking
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Had Laju Kekal 110 Kilometer Sejam

Next Post

Tiada Unsur Jenayah Dalam Kes Kehilangan Siti Dhia Batrisyia

Related Posts

Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu

Dr Akmal Ditahan Bantu Siasatan Akta Hasutan, Komunikasi – KPN

05/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan untuk siasatan...

Isu Stoking: Stand Down Dan Sudah-Sudahlah, Kata Polis

Isu Stoking: Stand Down Dan Sudah-Sudahlah, Kata Polis

27/03/2024
0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyumbang apa-apa yang boleh membawa kepada peningkatan ketegangan di...

Next Post
Tiada Unsur Jenayah Dalam Kes Kehilangan Siti Dhia Batrisyia

Tiada Unsur Jenayah Dalam Kes Kehilangan Siti Dhia Batrisyia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd