• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Roket Hizbullah Gegar Utara Israel

oleh Mohd Arshad
28/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cawangan Kedai Serbaneka Disyaki Tidak Memohon Adakan Jualan Murah
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk ‘menghukum’ rejim Zionis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Serangan balas itu dilakukan selepas Israel membedil selatan Beirut yang turut meragut 16 nyawa termasuk lapan anggota mereka.

Hujan roket menyasarkan Kiryat Shmona itu sebagai respons terhadap pembunuhan beramai-ramai yang didalangi musuh mereka di perkampungan Habariyeh.

Menurut jurucakapnya, serangan tersebut turut memusnahkan pusat bantuan dan kecemasan untuk Jamaa Islamiya, sebuah kumpulan sunni yang mempunyai kaitan dengan pejuang Hamas.

Persatuan Ambulans Lubnan dalam satu kenyataan menyifatkan konfrontasi terbaharu itu sebagai pelanggaran jelas terhadap usaha kemanusiaan.

Kementerian Kesihatan di Beirut turut mengutuk serangan udara dilancarkan rejim Zionis di tengah-tengah perang yang semakin ganas di Genting Gaza.

“Ia sememangnya tidak boleh diterima dan melanggar norma serta undang-undang antarabangsa terutamanya Konvensyen Geneva yang menekankan keneutralan terhadap kakitangan perubatan dan pusat kesihatan,” ujar kementerian itu.

Difahamkan, ia bukanlah kali pertama kemudahan kesihatan dibedil ketika konfrontasi berterusan di sempadan.

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati 316 kematian termasuk 54 orang awam direkodkan di Lubnan sejak konflik rentas sempadan itu bermula pada Oktober lalu.

Pada bulan lalu, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah memberi amaran Israel bakal berdepan akibat dahsyat jika membunuh orang awam di Beirut yang menandakan krisis itu berisiko menjadi lebih buruk.

SinarHarian-

Tags: HizbullahroketUtara Israel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perjanjian Gencatan Senjata Antara Israel-Hizbullah Berkuat Kuasa Rabu

Perjanjian Gencatan Senjata Antara Israel-Hizbullah Berkuat Kuasa Rabu

27/11/2024
0

BAITULMAQDIS - Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hizbullah hasil perantaraan Amerika Syarikat dan Perancis mula berkuat kuasa pada...

Komander Hizbullah Fuad Shukr Terkorban Dalam Serangan Israel

Komander Hizbullah Fuad Shukr Terkorban Dalam Serangan Israel

01/08/2024
0

GLOBAL l Kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan bahawa komander kanannya, Fuad Shukr terbunuh dalam serangan Israel di pinggir Beirut, menjadikannya tokoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd