Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Guna Facebook...

SEORANG lelaki dipercayai anggota polis dianggap biadap apabila memuat naik status dan gambar yang...

Polis Temui 40 Tong...

RAWANG - Polis menemui 40 tong bahan buangan berjadual dalam sebuah premis di Jalan...

Berang Dipaksa Kahwin, Lelaki...

Tiada perasaan langsung. Seorang anak derhaka yang berusia 25 tahun telah menikam ibu...

Bagaimana Mahu Tadbir Jika...

MUAR - Bagaimana 'parti bunga' hendak mentadbir negara ini jika pemimpin parti itu...

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas 19 Hari Bersidang

KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Februari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam ucapan penangguhan, berkata beliau berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama baik dalam memastikan perjalanan mesyuarat kali ini sempurna walaupun berlangsung pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, sesi kali ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, 14 Rang Undang-Undang dan tiga usul daripada Menteri Kewangan.

“Mesyuarat kali ini juga menyaksikan hampir setiap hari persidangan kita tidak berehat bagi memberikan peluang lebih ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat (Ahli Parlimen) menyertai perbahasan,” katanya.

Dalam ucapannya itu, beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Nuzul al-Quran dan Hari Raya yang masing-masing diraikan umat Islam esok dan pada April ini.

“Semoga sambutan ini disambut dengan penuh keinsafan dan kegembiraan,” katanya yang kemudian menangguhkan persidangan itu ke satu tarikh akan ditetapkan.

Sepanjang berlangsung, persidangan kali ini menyaksikan beberapa Rang Undang-Undang dibentangkan untuk bacaan kali pertama antaranya Rang Undang-Undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024, Rang Undang-Undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.


Turut dibentangkan buat kali pertama ialah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024, Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 dan Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024.

Sesi kali ini turut meluluskan beberapa Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023; Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023; Rang Undang-Undang Polis (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.

Tidak ketinggalan diluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024, bertujuan mengadakan peruntukan bagi penguntukan semula daripada Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM648,537,400 bagi perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam jadual kepada Rang Undang-Undang berkenaan bagi tahun ini.

Permohonan peruntukan itu juga susulan penyusunan semula beberapa kementerian yang turut dinamakan semula selain penubuhan kementerian dengan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian lain selaras dengan pembentukan Kabinet baharu pada 12 Disember tahun lalu.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, mesyuarat kedua Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 24 Jun hingga 18 Julai disusuli mesyuarat ketiga selama 35 hari dari 7 Oktober hingga 5 Disember.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori