• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Satu Peratus Penjawat Awam OKU Dikaji Semula – Dr Zaliha

oleh Mohd Arshad
04/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dasar Satu Peratus Penjawat Awam OKU Dikaji Semula – Dr Zaliha
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Dasar satu peratus penjawat awam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam sedang dikaji semula untuk penambahbaikan pelaksanaannya, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata ini kerana dalam tempoh 10 tahun, dari 2014 hingga tahun lalu, pelaksanaan dasar satu peratus OKU dalam perkhidmatan awam masih tidak mencapai sasaran.

“Antara punca yang dikenal pasti adalah peratusan permohonan pekerjaan dalam sektor awam oleh calon OKU yang tidak sampai satu peratus berbanding permohonan keseluruhan calon.

“Kajian Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Penjawat Awam OKU setakat ini mendapati antara cabaran utama yang dihadapi penjawat awam OKU adalah keupayaan dan kompetensi penjawat awam OKU, tertekan dengan tuntutan kerja dalam keterbatasan upaya serta sokongan dan kemudahan yang diperlukan mereka,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin tahu mengenai statistik bagi tempoh 10 tahun peratusan penjawat awam OKU dalam sektor awam sejak dasar berkenaan diperkenalkan.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata, dalam tempoh sama statistik pencapaian dasar itu merekodkan trend peningkatan pengisian jawatan penjawat awam OKU iaitu 0.23 peratus pada 2014, 0.25 peratus (2015), 0.28 peratus (2016), 0.29 peratus (2017 sehingga 2022) dan 0.3 peratus (2023).

Menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai penambahan jumlah penjawat awam OKU di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Zaliha berkata pencapaian pengisian petugas OKU di Wilayah Persekutuan termasuk dalam agensi pihak berkuasa tempatan itu jauh lebih baik iaitu 0.5 peratus atau lebih 10,000 orang.

“Bagi cadangan untuk menambah penjawat awam OKU di Parlimen sendiri, saya menyokong cadangan itu sebagai usaha untuk meningkatkan lagi pengisian jawatan golongan OKU dalam sektor awam,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Dasar Satu PeratusDr ZalihaPenjawat Awam OKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Zaliha Ketuai Pasukan Petugas Khas Kampung Baru, Kampung Sungai Baru

Dr Zaliha Ketuai Pasukan Petugas Khas Kampung Baru, Kampung Sungai Baru

29/10/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa diamanahkan untuk mengetuai pasukan petugas...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd