• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: KKM Rekod 15 Kes Strok Haba

oleh Mohd Arshad
09/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Erdogan Umum Pilihan Raya Mac Terakhir Untuknya
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 15 kes strok haba sejak minggu pertama sehingga minggu ke-10 pada tahun ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, ia membabitkan masing-masing tujuh kes di Perak dan Kedah serta satu di Sabah.

Daripada jumlah itu, katanya, ia membabitkan empat kes strok haba dan 11 kelesuan haba selain tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Semua pesakit berusia antara 17 hingga 50 tahun dan semua kes yang mendapatkan rawatan pesakit luar sudah sembuh kecuali satu kes yang dilaporkan pada 26 Februari lalu.

“Pesakit itu dirawat di wad lelaki Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya selepas Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di pekarangan Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini hari ini.

Dr Dzulkefly turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan ketika cuaca panas terutama pada bulan Ramadan.

“Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas perlu minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

“Selain itu, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas,” katanya.

BHonline-

Tags: cuaca panasKKMstrok haba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd