Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Orang Ramai Diminta Tidak...

BANGKOK – Pakar-pakar amfibia menggesa masyarakat agar tidak terpengaruh dengan trend pembelian haiwan...

Undang Turut Berperanan Tuntut...

KUALA PILAH - Dalam proses menuntut kemerdekaan negara, masyarakat masa kini seakan terlupa...

APMM Ubah Aset Lama...

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melupuskan beberapa bot lamanya...

Bomba KL Perhebat Operasi...

KUALA LUMPUR - Sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Bomba...

BNM: Ini Kali Kedua Google Siar Tukaran Ringgit Yang Salah Tahun Ini

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang sedang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD/MYR yang salah diterbitkan oleh Google pada 15 Mac, 2024.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Maklumat ini tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar,” menurut BNM dalam kenyataan.

Bank pusat menjelaskan pada Jumaat 15 Mac, 2024 kadar pertukaran USD/MYR berada pada 4.7015 pada pukul sembilan pagi, dan 4.7045 pada pukul lima petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

Sepanjang dua minggu lepas (1-15 Mac 2024), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 0.76 peratus berbanding dengan dolar AS, tambahnya.

BNM memaklumkan bahawa insiden itu merupakan kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat pada 2024.

Bank pusat itu telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama terjadi pada 6 Feb, 2024, tambahnya.

“Susulan insiden salah lapor yang kedua ini, BNM akan menghubungi Google sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan tentang punca pelaporan yang tidak tepat ini berlaku dan langkah-langkah pembetulan yang dibuat memandangkan isu yang berulang ini telah menjejaskan Malaysia dan banyak negara lain sejak beberapa bulan yang lalu,” tegas BNM.


Bank pusat menasihatkan orang ramai supaya merujuk data rasmi, termasuk data daripada BNM.

Orang ramai juga perlu mengelak daripada menggunakan, menyebarkan atau membuat spekulasi berhubung dengan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan bagi ringgit, jelasnya.

“Kadar pertukaran mata wang asing ialah data sensitif bagi pasaran serta sebarang pelaporan tidak tepat dan penyebaran data yang tidak disahkan boleh menyebabkan kesan serius ke atas pasaran kewangan,” tambah BNM.

Ringgit rendah berbanding dolar AS semasa mengakhiri dagangan minggu ini, begitu juga dengan prestasi mata wang serantau, berikutan data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada enam petang Jumaat, ringgit susut kepada 4.7050/7095 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 ketika ditutup pada Khamis.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori