Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Akan Ada Menteri Cuba...

(Temuramah berikut disiarkan laman Johor Southern Tigers sebentar tadi - 11 Januari 2017)TEMUBUAL...

Ibu Mangsa Lempar Kerusi...

KEMATIN seorang remaja maut ditimpa kerusi pejabat dibaling dari tingkat atas sebuah pangsapuri...

Hujan Lebat, Ribut Petir...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri...

Letupan: Operasi Cari Tiga...

RAWANG - Operasi mengeluarkan minyak diesel bagi mencari tiga individu yang dipercayai terjatuh...

Bapa Maut, Anak Perempuan 8 Tahun Cedera Motosikal Rempuh Lori

GOMBAK: Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya berusia lapan tahun cedera motosikal mereka merempuh belakang sebuah lori di Jalan Sungai Tua, Selayang, di sini petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang didengari di bahagian belakang lori.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan kejadian itu berdasarkan laporan diterima jam 6.11 petang.

“Siasatan awal mendapati lori jenis Nissan itu datang dari arah Sungai Tua sebelum pemandunya terdengar dentuman kuat di bahagian belakang sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu lori memberhentikan kenderaan untuk memeriksa sebelum mendapati sebuah motosikal berada di bawah lori,” katanya dalam kenyataan.


Terdahulu kejadian itu tular selepas foto di lokasi kejadian dimuat naik di media sosial sebelum dikongsi pengguna lain di Facebook.

Noor Ariffin berkata, penunggang motosikal berusia 39 tahun cedera parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Sementara pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan yang mengalami kecederaan pada kepala dan tangan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori