Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Anak Kucing Hampir Mati...

CHINA – Penderitaan yang dialami oleh dua ekor anak kucing ini memang menyakitkan....

Anuar Alias: Hero Tentera...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles "BIARPUN bertugas tanpa senjata tetapi entah macam mana saya...

Kerajaan Pastikan Beban Mangsa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai...

Suspek Kes Dera Pembantu...

BUKIT MERTAJAM - Tiga suspek membabitkan dua kes dera sehingga menyebabkan kematian pembantu...

3 Pemilik Syarikat Rugi Hampir RM100,000 Terpedaya Taktik Tipu Beli Jana Kuasa Mudah Alih

KUALA TERENGGANU: Tiga pemilik syarikat elektrik di daerah ini menjadi mangsa penipuan pembelian alat jana kuasa mudah alih membabitkan kerugian keseluruhan hampir RM100,000.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kejadian bermula apabila tiga mangsa termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 60 tahun menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai Mohd Izuddin daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus pada 19 dan 21 Mac lalu.

Beliau berkata, suspek menggunakan modus operandi sama terhadap ketiga-tiga mangsa dengan memaklumkan berminat untuk pembelian alat jana kuasa mudah alih milik syarikat berkenaan.

Katanya, semua mangsa memberitahu tidak mempunyai bekalan ke atas produk itu sebelum suspek mencadangkan nama pembekal yang boleh menyediakan barangan berkenaan bagi pihak syarikat mangsa.

“Mangsa yang terpedaya menghubungi pembekal dicadangkan suspek dan membuat tempahan serta bayaran ke atas akaun diminta suspek sebelum meminta barangan itu dihantar ke PPD Kuala Nerus.

“Sebaik dimaklumkan barangan itu sudah dihantar ke Pejabat PPD Kuala Nerus, mangsa tidak menerima pembayaran dijanjikan selain suspek turut memberi pelbagai alasan.


“Hasil semakan dibuat di PPD Kuala Nerus mendapati tiada kakitangan bernama Mohd Izzuddin bekerja di situ, selain dimaklumkan tiada tender berkaitan alat jana kuasa mudah alih dibuat dengan kerugian keseluruhan bernilai RM95,136,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mazli berkata, sebanyak 108 laporan membabitkan kes jenayah komersial diterima dalam tempoh seminggu bermula 24 Mac lalu berbanding hanya 102 laporan pada minggu sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 27 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian keseluruhan RM440,024.60.

“Daripada 27 kertas siasatan dibuka, tiga daripadanya membabitkan kes penipuan pembelian alat jana kuasa mudah alih membabitkan kerugian RM95,136.

“Polis mengingatkan orang ramai berhati-hati jika menerima tawaran dan membuat semakan sebelum bayaran dibuat, selain mereka yang terperdaya dengan modus operandi sama dinasihat segera membuat laporan di balai polis terdekat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori