Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Jersi Baharu Skuad Bola...

BUTTERWORTH - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu skuadnya bagi...

Tidak Wajar Guna Bahasa...

KUALA LUMPUR – Penggunaan bahasa Mandarin dalam sesuatu kenyataan rasmi kerajaan harus dihentikan...

Kesal Menteri Kewangan Main...

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kesal dengan tindakan...

Jangan Main Golf Dengan...

PUTRAJAYA - Penjawat awam tidak dihalang untuk bermain golf atau menyertai aktiviti sukan...

10 Kaki Judi Kena Tangkap

GEORGE TOWN – Seramai 10 orang lelaki ditahan ketika sedang leka berjudi di kawasan taman permainan di belakang blok Vila Kenanga, Jalan Batu Uban dekat sini pada pagi Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan pada jam 4.45 pagi oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti bermain judi di tempat terbuka.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan mendapati kesemua mereka bermain judi daun terup di kawasan berkenaan.

“Kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 36 tahun dan kita turut merampas 52 keping daun terup, dua buah meja, dua lampu suluh dan wang tunai berjumlah RM2,736.”


“Kesemua mereka kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,”katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Razlam berkata, kes disiasat di bawah Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori