Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

MH370: Lebih 120 Orang...

KUALA LUMPUR -- Sebuah pasukan penyiasat antarabangsa yang ditubuhkan Malaysia menemu bual lebih...

Biasiswa Pelajar Sabah Dikurangkan...

KOTA KINABALU - Dakwaan pihak pembangkang dalam siri kempen Pilihan Raya Umum Ke-14...

Pan Borneo Di Sarawak,...

KUALA LUPUR - Pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak berada pada tahap...

Tanah Runtuh: 5 Lagi...

HULU SELANGOR : Lima lagi mangsa kejadian tanah runtuh yang meninggal dunia, ditemui...

UMNO Sokong Tambah Baik, Perkasa Perlembagaan Rungkai Isu Pertindihan Kuasa Negeri, Persekutuan

KUALA LUMPUR: UMNO menyokong sebarang usaha penambahbaikan dan pemerkasaan Perlembagaan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengisytihar 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sokongan itu perlu dalam usaha memastikan kebaikan dapat dibawa oleh kerajaan dan masalah diselesaikan supaya tidak lagi timbul keadaan yang tidak menentu.

Justeru, beliau juga melihat keperluan agar menteri bertangungjawab dalam ehwal undang-undang, agama serta pihak berkepentingan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memainkan peranan untuk melihat keperluan berkenaan.

“Kita tidak mahu ia (isu pertindihan undang-undang negeri dan Persekutuan) berulang kerana ini akan mencemar sistem kehakiman atau perundangan syariah itu sendiri.

“Dalam keputusan semalam, tiada isu memperkecilkan atau Mahkamah Persekutuan memperkecilkan kuasa atau status mahkamah syariah mahupun agama Islam.

“Ia lebih kepada isu teknikal membabitkan enakmen negeri di Kelantan bertindih dengan perundangan Persekutuan.


“Kita akan sokong segala usaha membabitkan pindaan Perlembagaan, apa yang baik untuk agama dan apa yang terbaik untuk negara. UMNO akan terus sokong supaya kebaikan dapat kita bawa dan masalah perlu diselesaikan segera,” katanya.

Menjelaskan demikian kepada pemberita pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA, di sini hari ini, Mohamad melihat keputusan Mahkamah Persekutuan semalam lebih berkait kepada isu teknikal ultra vires (luar kuasa) berbanding masalah perundangan.

“Menggubal undang-undang yang bertindih, sedia ada dalam undang-undang Perlembagaan Persekutuan, tidak dibenarkan. Ia bukan berkenaan mahkamah syariah, tetapi ultra vires,” katanya.

Mengenai undang-undang di peringkat negeri, beliau yang juga Menteri Luar, berkata akan ada penasihat undang-undang memeriksa, sama ada berlaku pertindihan undang-undang di negeri dengan Persekutuan berkaitan Kanun Keseksaan.

“Ia penting kerana sudah wujud apa yang dipanggil dalam Perlembagaan kita, negeri tidak boleh buat undang-undang atau enakmen yang bercanggah atau bertindih dengan apa yang sudah sedia ada di peringkat Persekutuan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori