• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Hapus Rasuah Bukan Kerana Dendam Lama – PM

oleh AK-47
16/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tindakan Hapus Rasuah Bukan Kerana Dendam Lama – PM
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah dan penyelewengan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Perdana Menteri, tindakan memerangi rasuah bukan kerana dendam lama tetapi kerana mahu membebaskan negara daripada gejala rasuah tanpa mengira pangkat dan peringkat umur.

Kata Anwar, usia dan pangkat tidak sepatutnya dijadikan alasan, malah pihak terlibat juga tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat rasuah.

“Kalau orang itu (amalkan) rasuah, dia patut bimbang… kalau tak rasuah dia tak perlu takut.

“Ini orang yang rasuah berpuluh billion tak berani sentuh, kalau polis sarjan kena (terima rasuah) kes RM200 orang marah habis. Saya tak kata betul (terima rasuah), kalau salah… salahlah.

“Tapi orang yang ambil RM10 billion tak berani sentuh, sebab ada kuasa tak berani sentuh. Ada Ahli Parlimen sokong lagi, (diakwa) menganiaya, kesian kat dia… dia orang tua, jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh? Ini hang (kamu) belajar dari mana?

“Ini kata dendam, kes lama, kalau ambil RM200 ringit saya maafkan, tapi kes lama ambil RM20 billion ringgit, itu bukan duit aku, duit hang, tapi itu duit rakyat…” tegas Perdana Menteri ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani – Barangan Basah dan Kering di Lembah Makanan, Bandar Perda, di sini, pada Jumaat.

Buat kesekian kalinya juga, Anwar menegaskan, beliau tidak mencampuri urusan mana- mana pihak berkuasa, sebaliknya, usaha memerangi rasuah dilakukan secara menyeluruh.

Justeru, katanya, individu yang tidak terlibat rasuah tidak perlu takut dan bimbang.

“Saya tidak mahu bertolak ansur… makilah berbakul, seranglah… macam mana pun saya tidak akan bertolak ansur untuk bersihkan negara ini daripada perompak-perompak besar.

“Saya sudah beritahu hang Datuk Seri ka, Tan Sri ka, hang Tun ka, hang baik kita salute (hormat), hang rompak kita tangkap, sumbat dalam penjara. Bilik saya di Sungai Buloh masih ada, (masih) kosong,” ujar Anwar.

Menjelaskan urusan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat dalam rasuah, kata Anwar, itu tertakluk pada bidang kuasa pebagai agensi penguat kuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan penyiasatan.

Tidak ketinggalan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), jelas Anwar, berperanan menangkap suspek, Peguam Negara melakukan pendakwaan, manakala, barisan hakim pula akan memutuskan bentuk hukuman.

Sementara peranan Yang di-Pertuan Agong pula, kata Perdana Menteri, tertakluk pada budi bicara dalam menentukan sama ada mahu mengurangkan hukuman atau memberi pengampunan.

“PM (Perdana Menteri) kena tegas, kalau tegas harga barang pun boleh turun, rompakan besar pun boleh dihentikan,” ujar Perdana Menteri lagi.

-Sinar Harian

Tags: pmrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd