Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Nadma Hulur Bantuan Kepada...

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan memberikan bantuan kepada keluarga...

Rakyat Malaysia Perlu Amalkan...

KUALA LUMPUR - Ketika Malaysia menjadi negara yang semakin matang, rakyatnya perlu mengamalkan...

‘Ewww’ Ke ‘Awww’…Loket Susu...

Bagi kebanyakan wanita, proses penyusuan badan merupakan satu pengalaman yang cukup berharga dan...

Pembeli PPR Tekek Makmur,...

ROMPIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Projek...

Siasatan Pesawat Terhempas Tiada Kotak Hitam Dirujuk CAAM – KPN

IPOH – Siasatan berhubung dakwaan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar pada Selasa tidak dilengkapi kotak hitam dan alat komunikasi akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan yang dijalankan polis ketika ini lebih menjurus kepada perkara lain yang berkaitan kemalangan.

“Isu teknikal adalah di bawah siasatan CAAM, mereka yang akan uruskan sama ada (kotak hitam) itu ada atau tidak, semuanya berdasarkan siasatan CAAM.

“Di pihak polis, kita jalankan siasatan atas kemalangan yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Tahun 2024 di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan pihaknya akan bekerjasama dengan CAAM menjalankan siasatan secara terperinci nahas udara berkenaan.

“Siasatan kemalangan kita akan jalankan. CAAM pun akan buat siasatan sama atas kemalangan ini,” katanya.


Media melaporkan, pesawat ringan model BK 160 Gabriel itu dikatakan tidak mempunyai kotak hitam.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan dengan pesawat juga ‘kosong’ tanpa kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta kelengkapan sistem kedudukan global (GPS).

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang jam 1.28 petang pada Selasa bagi penerbangan rekreasi dengan hubungan terakhir dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 tengah hari.

Nahas yang berlaku telah mengorbankan dua mangsa iaitu juruterbang dan penumpang dikenali Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, dan Roshaan Singh Raina, 43.

Jasad mangsa ditemukan berada dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter dalam tanah dengan mangsa pertama dikeluarkan pada jam 7.06 malam disusuli mangsa kedua 11 minit kemudian.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori