Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

44 Penagih Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 44 individu termasuk lapan wanita disyaki terbabit dalam penyalahgunaan...

Pasukan Petugas Siasat Kes...

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat kes ugutan...

Tebuk Bibir Untuk Cantik….Cantik...

Habsyah - Ia merupakan kaedah yang digunakan sejak zaman purba untuk `mencipta' kecantikan...

MARA Digital Mall Diperluas...

KUALA LUMPUR - Pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall yang...

PM, Menteri Kewangan Terbabit Kes SPANCO Akan Disiasat

KUCHING: Semua yang terbabit dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (SPANCO) sejak syarikat berkenaan beroperasi pada 1990-an akan dipanggil bagi membantu siasatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata ia termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.

Beliau berkata, keterangan daripada semua yang terbabit itu perlu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kita akan panggil sesiapa saja yang membuat keputusan pada masa itu yang memutuskan untuk memberi projek kepada SPANCO.

“Kita lihat sejarah penubuhan syarikat itu pada 1998 atau 1999, jadi sesiapa saja yang terbabit ketika itu termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan panggil untuk rekod kenyataan dan mengetahui apa yang mereka tahu berkenaan kes,” katanya pada sidang media selepas Program Cakna Rasuah Bersama Pengamal Media Sarawak, di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontrak perolehan SPANCO hanya merugikan negara.

Anwar berkata, beliau tahu kontrak terbabit juga tidak menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan berkenaan dan beliau tegas terhadap SPANCO itu sejak menjadi Menteri Kewangan.


BH sebelum ini melaporkan, SPRM menyiasat sebuah syarikat yang memperoleh kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.

Difahamkan, SPRM sudah merakamkan keterangan beberapa saksi penting termasuk daripada agensi kerajaan dan individu daripada syarikat terbabit yang sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan ‘fleet’ kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM sebelum ini juga menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan berusia lingkungan 70-an serta merampas dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan yang menyebabkan pembekuan akaun bank seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Azam berkata, ketika ini tiada pendakwaan dijalankan kerana pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan dan pegawai penyiasat masih memeriksa fakta kes.

“Isu ini yang dilaporkan kepada SPRM ialah apabila terjadi pertikaian selepas pembatalan kontrak pada satu syarikat dan macam mana pula SPANCO dapat kontrak dari dulu hingga sekarang, itu fokus siasatan sekarang.

“Kita sudah memanggil lebih 20 individu dan juga sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu berkaitan dalam kes itu,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori