Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Kes Rogol...

IPOH - Kertas siasatan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang membabitkan seorang...

Lelaki Pandu Lori Tangki...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan selepas memandu lori tangki secara berbahaya dan...

Sia-Sia Rempuh Stesen Minyak...

Niat sekumpulan lelaki dalam usaha melarikan mesin ATM di sebuah stesen minyak di...

Pasar Tani Khas Di...

SEREMBAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan mengenal pasti 11 lokasi...

Permohonan Isteri Daim Dapatkan Pasport Secara Kekal Didengar 13 Mac

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan 13 Mac depan untuk mendengar hujahan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid bagi mendapatkan pasport secara kekal.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Datuk Ahmad Bache juga memutuskan hujahan bertulis peguam mewakili isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin itu dan pihak pendakwaan pada 4 Mac, diikuti hujahan balas daripada kedua-dua pihak pada 11 Mac.

“Saya mungkin akan memberi keputusan pada hari sama (13 Mac),” katanya ketika pengurusan kes berkenaan, di sini, pada Isnin.

Peguam bela, Na’imah, M Puravalen memaklumkan permohonan anak guamnya untuk mendapatkan pasport difailkan pada Jumaat lalu.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Mohd Fadhly Mohd Zamry, mengesahkan permohonan itu diterima pihaknya pada Isnin.

Pendakwaan turut dikendalikan TPR, Ahmad Feisal Mohd Azmi.

Pada 23 Januari lalu, Na’imah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Na’imah, 66, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Na’imah didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.


Harta-harta tersebut adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd, dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Na’imah didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Disember 2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pada 10 Januari lalu, Na’imah bersama dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir, memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bagi membantu siasatan rasuah terhadap Daim.

Semasa sidang media di pekarangan SPRM, Na’imah mendakwa, suaminya dianiaya disebabkan kejayaan sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.

Berikutan kejayaan itu juga, dakwa Na’imah, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik Daim dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori