Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Kerana Malu, Ibu Tikam...

SEORANG bayi yang baharu dilahirkan dijumpai cedera parah di depan pintu bilik mandi...

Harrison Ford Cedera Parah,...

LOS ANGELES - Pelakon filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, cedera parah selepas...

Bagaimana Gen Y Berpendapatan...

Mungkin beberapa tahun lagi kita boleh bertemu perkara ini di Malaysia. Pejabat tidak lagi diperlukan. Istilah kerja masuk jam 8 pagi tidak ada lagi.

“Saya Tak Pernah Lewat...

SEBELUM ini, juara program Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana pernah dikatakan mula...

Penghantar Makanan Bakar Kereta Polis Bantuan Hadapi 2 Pertuduhan

Petaling Jaya : Penghantar makanan yang tular di TikTok kerana membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) minggu lalu, dihadapkan di dua mahkamah di sini, semalam ini atas dua tuduhan melakukan khianat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, Mohamad Hasif Syazani Zulkifle, 26, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh dan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mengikut pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Mohamad Hasif didakwa melakukan khianat api dengan membakar Proton Preve putih milik polis bantuan Prasarana di Stesen MRT Mutiara Damansara, pada 1.17 pagi 15 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Majistret pula, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan menconteng dinding di stesen terbabit pada 1.10 pagi hari yang sama.

Kesalahan mengikut Seksyen 427 KK itu memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim dan Noor Khairun Nisa Noor Harun masing-masing mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dan RM5,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Mereka turut memohon syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.


Peguam tertuduh, Kailash Sharma pula memohon jaminan paling minimum apabila menegaskan anak guamnya tiada risiko untuk melarikan diri dan rekod jenayah.

Tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin RM9,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Mac ini.

Sebelum ini, dilaporkan polis menahan lelaki terbabit di Flora Damansara dekat sini, kerana disyaki membakar kereta polis bantuan.

Lelaki itu ditahan sepasukan anggota polis selepas dikesan memuat naik video berdurasi lima saat mengeai kejadian kebakaran itu dalam aplikasi TikTok atas akaun miliknya.

Polis turut merampas tukul besi dan botol air yang disyaki digunakan bagi mengisi petrol untuk digunakan dalam kebakaran itu, selain mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin hasil ujian saringan air kencing.

Siasatan motif kejadian termasuk kemungkinan suspek ingin mencari jumlah trafik tinggi untuk akaun TikTok miliknya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori