Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

PRU14: Puteri UMNO Janji...

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO berjanji tidak akan merajuk jika wakil pergerakan itu...

5 Maut Dalam Kejadian...

GEORGE TOWN - Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir berikutan angin kuat dan...

Roboh Rumah Sendiri Elak...

BAITULMAQDIS - Seorang penduduk Palestin bertindak merobohkan sendiri rumahnya selepas menerima arahan pemusnahan...

Pasangan Si Jelita Tak...

Kalau di internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan dan ketampanan,...

Nik Elin, Anak ‘Busybody’ Cabar Undang-undang Syariah – Hakim Besar Sabah Dan Sarawak

PUTRAJAYA – Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang merupakan satu-satunya hakim menentang petisyen difailkan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman menyifatkan dua beranak itu ‘busybody’ kerana mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketika membaca keputusan penghakimannya lebih sejam, hakim itu berkata, dua beranak itu tiada hak di sisi undang-undang (locus standi) bagi mencabar enakmen terbabit.

“Mereka ‘busybody’ namun tidak menunjukkan senarai peruntukan jenayah syariah Kelantan yang telah melanggar hak berperlembagaan.

“Bantahan mereka hanya mengenai perundangan dan perlembagaan peruntukan negeri, soal perlembagaan itu hanya mengenai kewujudan peruntukan itu,” katanya.

Beliau berkata, pempetisyen telah gagal menyatakan alasan atau menunjukkan kesan mereka terjejas ekoran peruntukan tersebut.

Katanya, faktor kebimbangan sahaja tidak memadai untuk mengemukakan cabaran itu di mahkamah.


Sedangkan beliau berkata, Nik Elin Zurina dan anaknya, mesti menunjukkan hak asasi pempetisyen terjejas secara negatif oleh enakmen negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Abdul Rahman juga berkata, penting bagi suatu badan kehakiman, memastikan hanya pempetisyen yang mempunyai locus standi dibenarkan meneruskan cabaran mereka.

“Kita semua memiliki rasa takut dalam hidup, tetapi jika melibatkan cabaran kepada undang-undang negeri, ia perlu menyatakan asas pencabulan yang berlaku terhadap hak individu.

“Jika tidak, ia hanya akan menyebabkan pihak tertentu termasuk ‘kaki sibuk’ dengan menyalahgunakan proses undang-undang,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori