• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Tujuh Kenderaan, Mayat Pemandu Lori Berkecai

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Nahas Tujuh Kenderaan, Mayat Pemandu Lori Berkecai
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Dua lelaki maut dengan satu daripadanya ditemui dalam keadaan berkecai dalam kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di KM 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di laluan antara Gopeng ke Simpang Pulai, dekat Kampung Tersusun Tekah, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, mangsa masing-masing ialah pemandu lori gula pasir dan pemandu lori muatan logam yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.46 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi.

“Pihak bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dipercayai meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seorang mangsa yang patah tangan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, PLUS menerusi laman X memaklumkan semua lorong di kedua-dua arah jalan terhalang kerana tumpahan gula dan serpihan badan lori.

“Trafik tidak bergerak. Sila keluar ke Plaza tol Simpang Pulai (arah ke selatan) dan Plaza tol Gopeng (arah ke utara),” katanya, hari ini.

-Harian Metro

Tags: kemalangan mautMayat Berkecai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd