• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Pesawat Di Kapar: Laporan Awal Siap Dalam 30 Hari – MOT

oleh Mohd Arshad
16/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’ Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor pada Selasa lalu, akan disediakan dalam masa 30 hari daripada tarikh kemalangan udara itu berlaku.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan, memaklumkan laporan itu akan diikuti dengan laporan penuh yang dijangka siap selewat-lewatnya 12 bulan daripada tarikh insiden yang meragut dua nyawa itu.

“Penyiasatan akan diteruskan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan,” menurut MOT.

Kenyataan itu memaklumkan, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13-Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bermula tarikh kejadian kemalangan udara terbabit.

“Berdasarkan siasatan awal, pesawat yang memiliki tanda pendaftaran I-POOC adalah milik Blackshape S.p.A, yang merupakan syarikat Itali. Sky Media Ltd yang merupakan syarikat Hong Kong pula bertindak sebagai pengedar pesawat bagi pihak Blackshape S.p.A untuk rantau Asia Tenggara.

“Sky Media Ltd melantik Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST), sebuah syarikat Singapura, untuk perkhidmatan pemasaran bagi pesawat Gabriel BK160TR. AST telah melantik juruterbang yang terbabit dalam kemalangan ini untuk mengendalikan pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran IPOOC) bagi tujuan promosi kepada pelanggan di Malaysia,” menurut kenyataan kementerian itu.

Menurut MOT pada waktu kemalangan berlaku, pesawat Gabriel BK160TR itu mempunyai pensijilan kelayakan terbang yang sah di bawah Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).

Dalam insiden jam 1.45 tengah hari itu, juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, maut dengan kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.

Bernama-

Tags: Kaparlaporan awalNahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’ Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Next Post

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Related Posts

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

Pengasuh Didakwa Tampar Muka Bayi Berusia 11 Bulan

Guna Perkataan Mengaibkan, Bekas Ahli Parlimen Kapar Didenda RM100

13/02/2024
0

Shah Alam: Bekas Ahli Parlimen Kapar didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan...

Next Post
Nahas Pesawat Di Kapar: Laporan Awal Siap Dalam 30 Hari – MOT

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd