• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Tegur Ketua Polis Buat Kesimpulan Awal Kes Tony Pua

oleh AK-47
05/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MP Tegur Ketua Polis Buat Kesimpulan Awal Kes Tony Pua
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua polis negara (IGP) tidak patut mengulas, apatah lagi membuat kesimpulan awal berkaitan siasatan terhadap bekas pemimpin DAP Tony Pua yang mengkritik pengurangan hukuman terhadap Najib Razak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Anggota parlimen Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh mengingatkan Razarudin Husain bahawa siasatan sedang berjalan.

“Jika IGP semalam sudah menyimpulkan bahawa kenyataan Pua bersifat menghasut, kenapa perlu panggil dia ke Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan?” soal Ramkarpal yang juga seorang peguam.

“Nampaknya IGP sudah mendapati Pua bersalah tanpa memberikannya hak mendapatkan terhadap siasatan yang betul dan adil.”

Pua menerima beberapa laporan polis susulan kritikannya di media sosial yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman Najib dan denda RM210 kepada RM50 juta.

Lembaga yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong itu juga berkata hukuman Najib akan ditambah setahun jika gagal melunaskan denda.

Razarudin semalam berkata kenyataan Pua bersifat menghasut kerana mengkritik kuasa Agong memberi pengampunan serta “mengajak orang ramai membenci institusi diraja”.

Pua, bekas anggota parlimen Damansara, dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman pada hari ini.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan jenayah Terkelas Bukit Aman bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan dijalankan terhadap siri tulisan di Facebook Pua yang antaranya menyindir tambahan hukuman setahun penjara jika gagal membayar denda RM50 juta.

“Boleh seseorang hantar saya ke penjara dan sebagai balasan bagi saya RM50 juta? Tolonglah.

“Raja Klep (kleptokrasi) diampunkan,” katanya dalam bahasa Inggeris.

Dalam kenyataan hari ini, Ramkarpal berkata komen sebegitu daripada pegawai tertinggi polis tidak mendorong keyakinan awam terhadap proses siasatan yang tidak berat sebelah.

“IGP patut buat kerjanya secara profesional dan tidak dilihat mempengaruhi proses siasatan,” kata bekas timbalan menteri itu.

Najib dihukum penjara 12 tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Lembaga Pengampunan minggu lepas bagaimanapun mengurangkan hukuman dan memutuskan dia akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

-Malaysia Kini

Tags: Kes Tony Puaketua polisMP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Datuk Dikaitkan Siasatan Promosi Keluarga Malaysia Sudah Dipanggil – SPRM

Next Post

Lelaki Dipenjara, Denda Kerana Cederakan Kakak Ipar Guna Tukul Besi

Related Posts

Warga Asing Bukan Nak Culik Bayi Tapi Bantu Menaiki Tangga – KP Selangor

Warga Asing Bukan Nak Culik Bayi Tapi Bantu Menaiki Tangga – KP Selangor

29/03/2024
0

Shah Alam : Tiada unsur penculikan dikesan dalam kejadian bayi perempuan berusia 19 bulan yang didakwa cuba dilarikan dua warga...

MP Gesa K’jaan Pahang Semak Semula Semua Projek Sekitar Cerun

MP Gesa K’jaan Pahang Semak Semula Semua Projek Sekitar Cerun

17/12/2022
2

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek-projek yang dijalankan di cerun bukit dan kawasan berisiko...

Next Post
Lelaki Dipenjara, Denda Kerana Cederakan Kakak Ipar Guna Tukul Besi

Lelaki Dipenjara, Denda Kerana Cederakan Kakak Ipar Guna Tukul Besi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd